“Yang Tinggal Hanya Kawan-Kawan Rapat, Kawan-Kawan Dari US & Keluarga” – Mahukan Privasi, Ini Yang Dilakukan Oleh Sarah Hildebrand

Pelakon Sarah Hildebrand mengakui kesal apabila ada pihak yang tidak menghormati privasinya dalam akaun media sosial Facebook peribadinya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sarah menjelaskan dia terpaksa ‘remove’ rakan-rakan Facebooknya dari Malaysia kerana tidak mahu perkara sedemikian berulang kembali.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah mengambil keputusan untuk ‘remove’ rakan dari Facebook peribadi. Perkara ini dilakukan disebabkan oleh ada individu yang tidak beretika serta tidak menghormati privasi saya.

“Disebabkan saya tidak tahu siapa yang melakukan perkara tersebut jadi saya telah ‘remove’ semua rakan dari Malaysia untuk berlaku adil.

“Yang tinggal hanya kawan-kawan rapat, kawan-kawan dari AS, dan keluarga. Tolong jangan terasa dengan tindakan saya ini.

“Tidak semestinya kita tidak berkawan di media sosial, bermakna kita tidak  boleh menjadi kawan di luar,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I would like to make it clear that my recent decision to remove friends from my personal Facebook is due to an unethical individual who has disrespected my privacy. Since I am unable to pin point who the culprit is, I’ve removed all friends from Malaysia out of fairness. Yang tinggal hanya kawan-kawan rapat, kawan-kawan dari US, dan keluarga. Please don’t take it personally. Just because we aren’t friends on a social media platform, doesn’t mean we aren’t friends in real life. Please don’t allow social media to ruin your perception of reality. #bepositive #moveon 🖤

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Sarah dan berharap dia bertabah dengan ujian yang menimpa dirinya.

“@nellyzabridal: It’s ok. You know what is the best for you. Kak Wati doakan yang terbaik untuk Sarah. Sabar ye dengan setiap ujian. Take care ya.”

“@kartina_khanib: Tak apa you ada hak. It’s for your own good also. Semoga dipermudahkan segala urusan you yea.”

“@jelita_hati_ku: Its ok. You have your own right for your Facebook. We need to educate people on this.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Yang Tinggal Hanya Kawan-Kawan Rapat, Kawan-Kawan Dari US & Keluarga” – Mahukan Privasi, Ini Yang Dilakukan Oleh Sarah Hildebrand"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*