Sejauh Mana Kita Faham Bahawa Solat Itu Tiang Agama

Solat merupakan ibadah yang sangat penting dan wajib dilakukan. Solat amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun, kita tidak boleh meninggalkan solat.

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa nabi bersabda, “Solat itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkannya,dia merun tuhkan agama.”

Dalam surah Al-Mukminun ayat 1,2 dan 9, Allah menjelaskan, “Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka… dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”

Justeru, untuk menjadi umat Islam yang berjaya, kita tidak boleh mengab4ikan solat terutamanya solat-solat fardu.

Dalam konteks melaksanakan solat pula, terdapat dua perkara yang wajib dijaga, iaitu khusyuk dan memastikan agar solat dilaksanakan secara berterusan mengikut cara dan jadual waktu yang telah ditetapkan.

Mengikut Imam Bukhari dan Muskim, sahabat Abdullah ibn Mas’ud pernah bertanya kepada Nabi, “Apakah amalan yang paling Allah sukai?”

“ Solat tepat pada waktu.”

Solat tidak akan berkesan tanpa khusyuk. Mengikut Imam Al-Hakim dan Tirmizi, pada suatu ketika Nabi ternampak seorang menyapu janggutnya ketika solat.

Maka Baginda pun bersabda, “Jika khusyuk hati lelaki ini akan tenanglah anggota badannya.”

Asas kepada khusyuk ialah kebersihan hati.

Unsur-unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam. Keenam-enam itu mengikut Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, iaitu kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan m4lu.

Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara lain daripada solat.

Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat.

Pengagungan  dan merasai kehebatan pula bermaksud berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi.

Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana DIA saja tempat pergantungan bagi manusia. M4lu bermaksud berasa m4lu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.

Imam Al-Hasan ada berkata, “Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mempercepatkan mereka kepada s3ks4an Allah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Sejauh Mana Kita Faham Bahawa Solat Itu Tiang Agama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*