“Saya Bukan H4ntulah, Saya Ada Nama…” – Sering Disapa Dengan Panggilan ‘Kak Limah’, Dalimawati Luah Rasa Terkilan

Pelakon Dalimawati terkilan apabila dia sering disapa dengan panggilan hantu Kak Limah berbanding namanya yang sebenar.

Memetik laporan HLive, Dalimawati atau nama sebenarnya  Dalimawati Ismail, 61, memaklumkan menjadi watak utama bagi filem h4ntu komedi itu membuatkan peminat terbawa-bawa nama itu hingga ke dunia nyata.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dalimawati5 (@dalimawati5) on

“Memang selalu macam tu. Kadang-kadang ada kawan yang pertahankan saya bila ada orang panggil saya h4ntu. Saya bukan h4ntulah. Saya ada nama. H4ntu tu dalam filem sahaja, jangan diluar pun nak dipanggil h4ntu,” ujar pelakon yang sinonim dengan watak Kak Limah itu.

Namun, Dalimawati tetap memandang melihat perkara ini dari sudut yang positif apabila dia sendiri yang berbesar hati untuk melakonkan watak h4ntu tersebut.

“Nak buat macam mana, dah memang saya nak ambil watak tu, terima je la,” ujarnya pasrah.

Sedikit tentang perkembangan terbaru, Dalimawati telah tersenarai sebagai calon Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 32.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Di @abpbh_32 Top 5. Thank you so much @ooicouture ❤ makeup by Eja MUA❤ Thanks for sponsoring me ❤

A post shared by Dalimawati5 (@dalimawati5) on

Dalimawati bakal bersaing merebut anugerah Pelakon Filem Wanita Popular bersama Erra Fazira, Mira Filzah, Hannah Delisha dan Uqasha Senrose.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Bukan H4ntulah, Saya Ada Nama…” – Sering Disapa Dengan Panggilan ‘Kak Limah’, Dalimawati Luah Rasa Terkilan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*