Saat Ikhlas Teruji

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ikhlas dalam beragama, cukup bagimu amal yang sedikit.”

Dalam hadis lain Rasulullah S.A.W. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaanNya.”

“Pen4tnya kak. Banyak betul assignment saya semester ni. Dulu saya ambik course ni sebab memang saya minat. Saya nak contribute pada masyarakat, nak jadi muslim hebat. Tapi sekarang macam menyes4l pulak. Banyak sangat dug4an. Orang tak pandang pun. Saya still teruskan pun sebab dah separuh jalan, dah nak habis dah. Nak stop lagilah rugi. Saya tunggu nak kerja je nanti. At least dapat jugak duit. Takdela rasa sia-sia sangat,”

“Haip, tak baik mengeluh macam tu. Hilang berkat belajar tu nanti. Betulkan niat tu balik.”

“Alaa, saya mengeluh sikit je.”

“’Je’ pada pandangan kita. Tapi sebenarnya besar. Boleh terpes0ng niat tu nanti. Apa pun yang kita buat kita tak lari daripada tanggungjawab dalam komuniti, dalam agama, tau. Awak pernah dengar tak kisah seorang abid yang kece wa kerana dirinya sendiri, bila keikhlasannya diuji? Ada dalam buku Menyingkap Peristiwa dan Keistimewaan Sirah Nabi S.A.W, Sahabat dan Ahli Hikmah tulisan Ustaz Abdul Salam Basok Al Haj. Kisah tu mengenai macam mana niat kita yang asalnya ikhlas, boleh teruji dan boleh menjadikan kita kalah dengan dugaan.”

“Tak pernah pulak. Ceritalah kak. Macam menarik je.”

******

Dikisahkan oleh Al-Ghazali dalam Ihya’nya bahawa di antara kisah-kisah Bani Israel terdapat kisah seorang abid (orang yang banyak beribadah) yang beribadah kepada Allah selama hidupnya. Maka datanglah kepadanya satu kaum dan berkata,

“Di sini ada satu kaum yang menyemb4h pohon kayu, tidak menyembah Allah.”

Setelah mendengar perucapan itu si abid lalu m4rah. Diambilnya kapak pem0tong kayu dan berangkatlah dia menuju ke tempat pohon kayu itu – untuk mem0tongnya.

Lalu, didatangkan kepadanya ibl1s yang menyerupai seorang sheikh seraya bertanya, “Hendak ke mana engkau? Mudah-mudahan Allah memberikan rahmat kepadamu.”

Abid itu menjawab, “Aku bermaksud untuk mem0tong pohon kayu itu!”

Ibl1s bertanya lagi, “Ada apa engkau dengan dia? Engkau tinggalkan ibadah engkau dan kesibukan engkau untuk diri engkau, dan engkau berikan tenaga engkau untuk orang lain pula.”

“Ini adalah termasuk ibadahku.”

“Aku tidak akan membiarkan engkau mem0tong pokok kayu itu.”

Lalu kedua-duanya berg4duh. Namun, si abid berjaya memegang ibl1s itu lalu dihentakkan ke bumi sehingga dia mampu duduk di atas dadanya.

Si ibl1s dengan bijak berkata, “Lepaskanlah aku supaya aku boleh terangkan kepada engkau mengenai hakikat sebenar perkara ini.”

Si abid lalu berdiri, membenarkan si ibl1s bangun.

Ibl1s berkata, “Wahai saudaraku! Allah S.W.T telah menggu gurkan kewajipan ini daripada engkau. Dia tidak mewajibkan yang demikian itu atas dirimu. Dan engkau sendiri tidak pula menyemb4h pokok kayu itu. Apalah pentingnya kamu memikirkan orang lain. Allah S.W.T mempunyai nabi-nabi di seluruh bumi ini. Jika dikehendakiNya, nescaya diutusNya mereka kepada kaum itu dan disuruhnya mereka memot0ng pokok itu.

Abid menjawab, “Tidak boleh, saya mesti mem0tongnya.”

Kedua-duanya kembali berg4duh dan abid telah menang sekali lagi. Dia duduk di atas dada ibl1s sehingga si ibl1s merasa lemah.

Ibl1s masih lagi cuba merayu si abid dengan berkata, “Tidakkah engkau mempunyai keperluan yang sama dengan aku, sehingga kita boleh bekerjasama dan itu lebih mendatangkan manfaat bagi engkau?”

“Apakah maksudmu?”

“Lepaskanlah aku, supaya aku boleh menerangkan perkara sebenarnya.”

Setelah dilepaskan, si ibl1s berkata, “Aku tahu engkau adalah orang mis kin yang tidak punya apa-apa. Engkau hidup di bawah tanggungan orang lain. Tidakkah engkau suka berbuat kebaikan kepada saudara-saudara engkau, jiran-jiran engkau dan membantu mereka sehingga engkau kenyang dan tidak memerlukan bantuan orang lain?”

“Ya,” jawab si Abid.

“Kembalilah engkau daripada urusan ini. Aku akan meletakkan dua dinar di sisi kepala engkau setiap malam. Apabila pagi menjelma, ambillah dinar itu. Belanjakanlah kepada diri engkau, keluarga engkau serta saudara-mara engkau.

Itu lebih bermanfaat untuk diri engkau dan orang lain berbanding mem0tong kayu itu. Sungguhpun jika engkau berjaya mem0tong kayu itu, ia tidak mendatangkan manfaat untuk diri engkau yang telah beriman.”

Si abid berfikir sejenak mengenai apa yang ditawarkan oleh sheikh (ibl1s) itu. Tanpa disedari dia berkata, “Benar katamu tuan! Aku ini bukan nabi, mengapa pula aku mesti mem0tong pokok kayu itu; sedangkan Allah tidak menyuruhku mem0tongnya dan tidak pula menjadikannya m4ksi4t (d0sa) sekiranya aku tidak mem0tongnya. Apa yang disebutkan oleh kamu itu lebih banyak manfaatnya.”

Si abid lalu kembali ke tempat dia beribadah. Pada malamnya dia tidur dengan nyenyak. Keesokan pagi setelah dia bangun dari tidur dia mendapati terdapat wang dua dinar di sisi kepalanya seperti yang dijanjikan oleh sheikh yang ditemuinya hari sebelumnya.

Lalu dia mengambil wang tersebut. Demikian juga keesokan harinya.

Namun, pada hari ketiga, dia sudah tidak lagi mendapat wang dinar itu. Si abid m4rah kerana merasa tert1pu. Dia kemudiannya mengambil kap4k dan berniat menuju ke pokok kayu tempoh hari untuk mem0tongnya.

Si ibl1s datang lagi kepadanya dan bertanya, “Mahu ke mana kamu?”

Si abid menjawab, “Aku akan mem0tong pokok kayu itu.”

Kata si ibl1s, “Demi Allah engkau adalah pendust4. Engkau tidak akan sanggup berbuat demikian. Tiada lagi jalan bagi engkau untuk mem0tong pokok kayu itu.”

Si abid yang merasa tert1pu tetap mahu melaksanakan niatnya seperti pertama kali dahulu. namun, si ibl1s sudah melihat kelemahan si abid dan menghent4kkannya ke tanah. Abid berada di bawah kedua-dua kaki ibl1s itu.

Ibl1s duduk di atas dadanya dan berkata, “Pilihlah yang mana satu, engkau batalkan niat untuk mem0tong pokok itu atau aku akan menyem bel1h engkau.”

Si abid tiba-tiba merasa lemah dan tidak lagi mempunyai keinginan untuk meneruskan niat sucinya.

Si abid berkata, “Engkau telah menew4skan aku. Lepaskanlah aku. Terangkanlah kepadaku, bagaimana engkau mampu mengal4hkan aku sedangkan sebelum ini aku berjaya mengal4hkan engkau.”

Ibl1s itu menjawab, “Sedarlah, sebelum ini engkau m4rah kerana Allah S.W.T dan niatmu suci untuk akhiratmu. Maka Allah hadirkan aku untuk engkau (sebagai ujian). Dan kali ini engkau m4rah untuk diri engkau sendiri dan dunia, kerana engkau tidak lagi mendapat dinar di sisimu. Kerana itulah aku mampu mengalahkan engkau.”

******

Setiap amal yang ikhlas akan menemui ujiannya yang tersendiri. Tekadkanlah hati dalam mengejar redha Allah S.W.T dalam apa jua yang kita lakukan.

Seandainya satu ketika niat murni kita mula dirasakan terpes0ng dari landasannya, mohonlah ampun denganNya dan betulkan kembali.

Besarkanlah rasa keikhlasan dalam apa jua yang kita lakukan. Jangan biarkan keikhlasan itu pudar sedikit demi sedikit sehingga menjadi kesomb0ngan, pen1puan dan lain-lain.

Daripada Abu Hurairah r.a ia berkata, Rasulullah  bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kalian dan harta kalian akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kalian dan perbuatan-perbutan kalian.” (Hadith riwayat Muslim)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Saat Ikhlas Teruji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*