Rendahkanlah Egomu, Wahai Hamba Allah!

“Aku rasa aku tidak boleh terima apa yang dia cakap atau nasihatkan aku… macamlah dia baik sangat.”

“Aku nak kau dengar cakap aku saja, jangan nak melawan pula.”

“Buat apa aku nak minta maaf dengan dia, bukan salah aku pun.”

“Kau nak tegur aku? Kau pun sama dengan aku.”

“Kau ingat kau tu layak ke tegur aku? Cerminlah diri sendiri dulu.”

Pernah dengar atau tidak dialog-dialog seperti ini? Dialog yang dituturkan oleh makhluk yang bergelar manusia yang merasakan dirinya lebih baik… lebih hebat daripada orang lain dan terlalu eg0 untuk mengakui kes4lahan diri walaupun dirinya jelas bers4lah.

Hakikatnya tiada seorang pun dalam kalangan kita yang bebas daripada d0sa dan kesalahan sehinggakan ingin mendabik dada dan merasakan diri ini suci dan baik.

Jangan pernah merasakan diri kita baik dan suci kerana hanya ALLAH sahaja yang Maha Tahu isi hati dan diri kita.

Hanya sahaja ALLAH yang menutup 4ib-4ib kita sehinggakan manusia lain menyangka kita adalah baik dan sempurna.

Jika ALLAH ingin mendedahkan 4ib-4ib kita maka tidak ada seorang pun manusia yang ingin dekat dengan kita. Oleh itu, kenapa perlu eg0 dan bangga dengan diri sendiri yang serba lemah dan kekurangan?

Perasaan eg0 sangat bah4ya kerana ia adalah pembunuh senyap kita tanpa kita sedar. Perasaan eg0 dalam diri yang menghalang seseorang hamba yang hina merasakan dirinya hebat dan angkuh lantas enggan sujud kepada Sang Pencipta.

Aku ada segalanya dalam hidup walaupun aku jauh daripada ALLAH. Aku kaya… berjaya… cantik… semuanya ALLAH berikan kepada aku. Tanpa dia sedari itu adalah istidraj untuknya. Sampai bila engkau ingin menjunjung eg0mu?

Perasaan eg0 yang memuncak memusnahkan hubungan pasangan suami isteri yang merasakan diri masing-masing lebih baik.

Masing-masing mengharapkan kesempurnaan dalam rumah tangga lantas sedikit kekurangan dan kesilapan membawa kepada perkara yang dibenci ALLAH dan dirai oleh 1bl1s.

Tiada istilah tolak-ansur dan saling mengalah. Semuanya kerana sebuah eg0. Lantas ke mana engkau ingin bawa eg0mu?

Betapa ramai adik-beradik yang berg4duh dan bermusvhan kerana bahana eg0 yang akhirnya membawa kepada penyesalan.

Saat kem4tian menjemput, tangisan penyesalan dan kata-kata maaf tidak mampu untuk menghidupkan kembali hubungan yang terpisah antara dua dinding alam dunia dan alam kvbur. Lantas kau bangga eg0mu telah menang?

“Saya minta maaf kerana sakitkan hati awak.”

“Betul apa yang awak cakap, saya mengakui kesalahan saya.”

“Jom kita perbaiki diri kita sama-sama demi ALLAH.”

 “Terima kasih kerana menegur saya, kalau tidak memang saya tidak sedar akan kesalahan saya.”

“Aku tidak salah tetapi apa salahnya jika aku mengalah dan minta maaf.”

Rendahkanlah eg0mu demi orang-orang yang kamu sayang. Hidup ini terlalu singkat untuk saling menjunjung eg0 dan ia sangat merugikan jika salah seorang antara kita pergi tanpa sempat kita meminta maaf.

Kita hanya akan menghargai orang-orang yang kita sayang apabila mereka pergi men1ngg4lkan kita. Jangan pernah membiarkan perkara tersebut berlaku.

Tidak ada salahnya kita merendahkan eg0 kerana contoh tauladan iaitu nabi kita, Rasulullah SAW seorang yang sangat humble walaupun Baginda adalah seorang pemimpin, hakim, dan ketua.

Baginda Rasulullah memaafkan mereka yang bersalah dan Baginda sendiri bersegera meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan.

Baginda turut serta bermandi peluh menggali parit ketika per4ng Tabuk walaupun Baginda Rasulullah adalah seorang nabi dan pemimpin.

Rasulullah merendahkan eg0 dengan cara melakukan apa yang para sahabat dan tentera muslimin lakukan tanpa mengira status dan pangkat.

Kenapa kita begitu eg0 walhal kita hanya seorang hamba ALLAH yang tiada apa-apa kecuali apa yang ALLAH berikan kepada kita.

Oleh itu, jom kita muhasabah diri kita… rendahkan eg0 kita… dan syukuri ni’mat yang ALLAH berikan semoga hidup kita disayangi oleh ALLAH dan seluruh makhlukNya. Amin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Rendahkanlah Egomu, Wahai Hamba Allah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*