Pejuang Subuh Yang Berjaya

Solat adalah salah satu cara kita berbicara dengan Allah. Dan sujud merupakan saat paling hampir kita dengan-Nya.

Solat juga adalah bukti rasa bertuhan dan pengharapan kita sebagai hamba-Nya.

Yakin dengan kekuasaan-Nya dan bersyukur atas semua nikmat-Nya yang begitu banyak. Dan itulah tanggungjawab hakiki kita diciptakan; untuk beribadah kepada Allah selain menjadi khalifah di atas muka bumi ini.

Subuh adalah solat yang wajib yang dilakukan dalam tempoh sewaktu fajar menyinsing sehingga terbitnya matahari sebanyak 2 rakaat.

Solat ini adalah sangat berat bagi orang mun4fik. Mereka akan berasa m4las untuk menunaikannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ketika seseorang sedang tidur, sy4itan membuat tiga simpulan di kepalanya. Untuk setiap simpulan ia menyatakan, ‘tidurlah engkau sepanjang malam’. Ketika dia terbangun lalu menyebut nama Allah SWT, maka lepaslah satu simpulan. Jika dia berwuduk, lepas lagi satu simpulan dan jika dia solat terbukalah semua simpulan. Ketika bangun waktu pagi, dia berasa penuh bersemangat dengan badan yang sugar-bugar. Jika tidak, dia akan bangun waktu pagi dengan perasaan serba tidak selesa dan m4las.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Kelebihan solat subuh ini adalah keberkatannya (terutama jika memulakan hari dengan mencari rezeki), kita akan lebih bersemangat dan perjalanan kita mencari rezeki akan dirahmati selain dapat menyelamatkan kita daripada az4b 4pi ner4ka.

Cara untuk mudah bangkit solat Subuh

  • Jauhi d0sa. Cuba menjauhi perkara-perkara yang Allah larang.
  • Zikir sebelum tidur.
  • Lazimi istighfar. Selalulah amalkan. Rasulullah SAW walaupun maksum namun tetap tidak pernah meninggal istighfar.
  • Pegang niat sungguh-sungguh nak bangun Subuh sebelum tidur.
  • Tidurlah dalam keadaan berwuduk.
  • Lakukan solat sunat witir sebelum tidur.
  • Akhir sekali gunakan alat bantu bangun, seperti jam loceng, orang dan sebagainya untuk membantu kita bangun.

Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah binti Ruwaibah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidak masuk ner4ka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum terbenamnya, iaitu sembahyang Subuh dan sembahyang Asar.” (Hadis Riwayat Muslim)

Isilah hati dengan perkara-perkara baik. Ikhlaskan semua ibadah kita.

Semoga Tuhan teguhkan iman, ampuni d0sa-d0sa  kita dan kita mampu menjadi pejuang subuh yang berjaya! Insya-Allah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

umber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pejuang Subuh Yang Berjaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*