“Memang Sal4h Saya, Saya Tidak Peka…” – Janna Nick Mengaku Pakai Pakaian Tak Sesuai Di Majlis Ilmu

Pelakon Janna Nick secara terbuka mengaku kesilapannya kerana kurang peka dengan pemilihan pakaian ketika menyampaikan ceramah motivasi baru-baru ini.

Janna berkata, dia juga tidak menyalahkan netizen yang telah mengkr1tik dan memberi tegvran, sebaliknya mengambil kesemua maklum balas tersebut sebagai sesuatu yang positif.

“Saya minta maaf kepada semua dan saya mengaku kesil4pan tersebut memang datang daripada saya.

“Saya yang tidak peka dalam pemilihan pakaian ketika itu, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah men3gur saya.

“Saya ambil positif semuanya dan selepas ini saya akan perbaiki pemakaian supaya bersesuaian dengan acara,” katanya

Jelas Janna lagi, dia diundang sebuah majalah gaya hidup dan fesyen untuk memberikan ceramah motivasi dan berkongsi pengalaman hidup dengan pelajar kolej, pada Ahad lalu.

Acara tersebut diadakan di sebuah lokasi umum, bukan di universiti atau kolej.

Bagaimanapun selepas berkongsi video di acara tersebut, ada netizen yang mengkritik kemeja dan jeans yang dipakai Janna terlalu ketat dan tidak sesuai untuk majlis ilmu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saya lebih setuju “AVOID MISTAKES “ bukan “ LEARN FROM YOUR OWN MISTAKES” @whitefluffy.my

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Pakaian Janna yang dikrit1k

“Saya terima yang saya seharusnya lebih sopan dalam majlis ilmu, walaupun tidak dilakukan dalam universiti atau kolej.

“Kekhilafan saya ini, akan dijadikan pengajaran dan panduan untuk masa hadapan,” ujarnya positif.

Janna ditemui ketika majlis sidang media teater ‘Malayu-Pawana Isabella’ di bilik Nilam Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur petang Khamis.

Selain Janna, teater arahan Erma Fatima itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Datuk Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak, Datuk Ziela Jalil, Ozlyn Waty, Datin Seri Umie Aida, Azar Azmi, Jay Iswazir, Shahronizam dan ramai lagi.

Teater tersebut akan dipentaskan di pentas Panggung Sari Istana Budaya pada 21 Ogos hingga 31 Ogos ini.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

  Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Memang Sal4h Saya, Saya Tidak Peka…” – Janna Nick Mengaku Pakai Pakaian Tak Sesuai Di Majlis Ilmu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*