“Macam mana nak dapat GF macam ni?” – Tunang Belikan PS4 Untuk Birthday Sebab Kesian Kumpul Duit Hantaran

Bagi pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan, Tuhan sajalah yang tahu betapa banyak dug@an yang korang perlu lalui, kan? Tambahan pula kalau korang seorang lelaki. Mananya nak kumpul duit majlis kahwin dan duit hantaran lagi. Haih… 

Tapi beruntung sangatlah korang mempunyai pasangan yang sangat memahami. Macam seorang gadis yang berkongsi kisahnya di Twitter ini. Dia beli Play Station 4 (PS4) kot untuk tunang dia! 

“Tunang aku ni suka main game, tapi disebabkan dah nak kahwin, dia tak nak beli PS4, nak kumpul duit hantaran” 

Menurut perkongsian tersebut, gadis bernama Fieza ni kasihan melihat tunangnya yang terpaksa ketepikan hasrat nak beli PS4 demi untuk kumpul duit hantaran perkahwinan mereka. 

Sebagai tanda penghargaan, dia akhirnya membeli PS4 tersebut sebagai hadiah perkahwinan tunangnya! Untunglah lu bro! 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

 

“Benda paling best dalam perhubungan. Bila kita saling memahami dan alert dengan pasangan kita” 

Kisah yang dikongsikan gadis ini telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata sangat mengagumi sikap gadis tersebut. Ternyata gadis itu seorang wanita yang sangat memahami tunangnya. Untung sangat bro tu kan!

Ramai yang jeles dengan dia, siap tanya kat mana nak dapat girlfriend baik macam ni!

Sumber: Twitter

 

“We need more girls like thisss” 

Sumber: Twitter

Emm abang-abang kat luar sana mesti dah berangan nak bakal GF atau isteri yang macam ni kan? Apa-apapun kalau korang jaga pasangan korang dengan baik, mesti dia akan jadi extra baik berkali ganda! Percayalah cakap min ni! 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: LobakMerah

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Macam mana nak dapat GF macam ni?” – Tunang Belikan PS4 Untuk Birthday Sebab Kesian Kumpul Duit Hantaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*