Kerana Yakin Itu Membahagiakan

Dalam firman Allah yang bermaksud, “Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan dijamin rezekinya. Dia mengetahui tempat kediamannya  dan tempat penyimpanannya . semua tertulis di kitab yang nyata  (lauh mahfuz) (Surah Hud:6)

Mentadabur bait-bait dari kitab suci ini mampu memberi satu ‘aura’ baru yang menusuk masuk ke hati insan yang berterusan mencari hikmah di dalam setiap yang berlaku terhadap dirinya.

Jaminan Allah akan sentiasa ada untuk hambaNya. Mahu atau tidak mahu meyakini itu pilihan.

Meyakini rezeki itu tidak akan tertukar bahkan mana mungkin tersalah orang melapangkan hati dan jiwa. Bila dibincangkan soal rezeki skopnya tersangatlah luas.

Dianugerahi oleh Allah hati yang tenang juga rezeki. Hamba yang bersyukur itu adalah hamba yang yakin dengan jaminan yang Allah sediakan buat dirinya.

Hak kita sebagai hamba hanya berusaha. Berusaha dan terus berusaha.

Analoginya, apabila sepasang suami isteri berkahwin fasa seterusnya secara default fasa mendapat zuriat namun tidak semua pasangan yang berkahwin dikurniakan zuriat selepas fasa perkahwinan.

Di sinilah saat genting iman diuji. Berusahalah, kerana kita diberi kudrat untuk berusaha dan natijahnya milik Allah.

Berbahagia dengan apa yang ada di sekeliling kita, belajar menghargai setiap detik dan kenikmatan.

Peralihan fasa kehidupan manusia berbeza bagi setiap individu. Mungkin ada yang bermula corot dari bawah dengan penuh kesusahan namun anugerah kesenangan selepas itu tiada siapa tahu.

Dan mungkin ada yang sebaliknya. Mengimani asmaul husna “Al-Shomad” bererti Penguasa yang Maha Sempurna dan Bergantungnya Segala Sesuatu menambahkan lagi yakin dan percaya bahawa DIA penentu segala sesuatu.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya az4b-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim: 14)

Melebur has4d dengan meyakini segenap perancangan yang diatur

Tingginya pengharapan dan yakin dengan jaminan rezeki dari Allah yang Maha Pemurah bakal melenyapkan segala has4d d3ngki terhadap kehidupan orang lain.

Oleh sebab kurangnya pengharapan dan keyakinan terhadap jaminan rezeki dari Allah menimbulkan perasaan 1ri hati, h4sad dan d3ngki.

Lalu, berterusanlah sikap mempersoalkan setiap rencana Allah Azza Wajalla. Berterusan mempersoalkan aturan tuhan. Bersoal jawab dengan takdir, ‘Kenapa Allah bagi dia kelebihan itu ini sedangkan aku tiada?’.

Leburkanlah segala prasangka tidak baik itu. Aturannya bersebab. Mungkin bukan nikmat di sini tetapi di ‘sana’.

Jika inilah yang diamalkan ummat Muhammad nescaya aman bahagialah dunia kerana keyakinannya yang teguh bahwa bahagian untuk dirinya telah tersedia, mungkin waktu yang berbeza bahkan dengan cara yang berbeza!

Pengharapan itu selalu ada. Pandanglah ke langit. Percaya bahawa rahmatnya terbentang luas buat hamba yang berbaik sangka denganNya. Aku berada pada sangkaan hamba-Ku.

“Allah akan menganugerahkan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi hikmah tersebut, ia benar-benar telah dianugerahi kebaikan yang yang tak terhingga.” (Surah Al-Baqarah: 269)

Seorang bijak yang bernama Ibrahim al-Khawwash pernah berkata, “Janganlah memaksakan diri untuk mencapai apa yang telah dijamin (untuk dicukupi), dan jangan menyia-nyiakan (mengabaikan) apa yang telah diamanahkan (diwajibkan) kepadamu untuk memenuhinya.”

Secara ringkasnya, manfaatkan segala peluang yang tersedia di hadapan kita bukan menyiakan ia dengan menyibukkan diri dengan urusan yang belum pasti untuk dikerjakan.

Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Bekerja keraslah pada lapangan yang kita sedang lalui kini.

Jika sebagai pelajar, berusahalah membahagiakan ibu ayah dengan berkelakuan baik dan mengejar impian.

Di lapangan kerjaya, sesungguhnya perkerjaan itu bererti kita ‘memberi khidmat’, maka berilah khidmat terbaik dan jadilah pekerja yang terbaik. Wallahu A’lam.

Sebuah syair dari Imam Syafii

Bertakwalah kepada Allah jika kamu lalai,
Nescaya Dia memberimu rezeki dari jalan yang tidak kamu ketahui.

Bagaimana kamu takut kefakiran padahal Allah pemberi rezeki,
Dia memberi rezeki kepada burung dan ikan di laut bahari.

Barangsiapa menyangka bahawa kekuatan mendatangkan rezeki,
Tentu burung pipit kalah dengan burung elang tidak mendapat rezeki.

Kamu pasti akan meninggalkan dunia dan kamu tidak mengetahui,
Apabila malam tiba apakah kamu akan tetap hidup sampai besok pagi.

Berapa banyak orang sihat yang meningg4l tanpa s4kit lagi,
Berapa banyak orang s4kit yang tetap hidup bertahun-tahun lagi.

Berapa banyak anak muda yang tertawa-tawa ketika sore dan pagi
Padahal kain k4fannya sedang dijahit sedang dia tidak menyedari.

Barangsiapa dapat hidup seribu atau dua ribu tahun lagi,
Ia akan mendatangi ku bur dan itu sudah pasti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kerana Yakin Itu Membahagiakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*