Kehidupan Dunia Adalah Satu Ujian

Lewat ini aku menerima aduan daripada sahabat-sahabatku, yang mengadu ujian yang menimpa mereka, pelbagai perkara buruk yang menimpa mereka.

Ada yang bercerita baru sahaja diceraikan suami, ada yang mengadu tidak lulus ujian setelah berhempas pulas study, ada yang mengadu tentang masalah keluarga.

Rata- rata mereka sedih mengenangkan ujian yang Allah beri, mereka men4ngis, mereka mengeluh, mereka mervngut, mereka berkelvh kes4h.

Itu fitrahnya manusia seperti yang Allah ungkapkan dalam al-Quran tentang sifat manusia yang suka berkelvh kes4h..

Ujian yang menimpa kita mungkin tidak seberat yang menimpa Baginda Nabi Muhammad, dan sahabat-sahabat Baginda.

Baginda sudah pun Allah jamin syurga. Kerana apa? Kerana untuk memasuki syurga Allah yang mahal itu, tidaklah semudah kita berada di comfort zone, selagi mana kita tidak berjaya menempuh ujian yang Allah berikan ketika kita berada di dunia.

Selagi mana kita masih punya iman hatta walau senipis kulit bawang sekalipun iman kita, kita pasti diuji.

Allah telah berfirman: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Surah Al-Ankabut: 2-3)

Kita sering tertanya-tanya,

Kenapa ujian ini ditimpa untuk aku?

Kenapa orang yang baik Allah datangkan ujian yang sangat hebat buat mereka?

Kenapa orang yang berbuat maksiat dan penuh dengan n0da, kehidupan mereka baik-baik sahaja?

Jawapannya mudah sahaja, apa sahaja yang berlaku dan Allah timpakan, jika ianya menyebabkan kita semakin dekat kepada Allah, itu adalah yang terbaik.

Disebabkan ujian yang kita terima bertubi-tubi itulah, kita akan kerap memohon doa, meminta kepada Allah dengan segunung harapan, mengadu pada Allah, kita akan menyebut nama Allah berulang-ulang kali, dan kita akan lebih kerap sujud kepada Dia.

Walhal sebelum ujian menimpa kita, kita lalai dalam mengingati Allah, kita leka dalam beribadah.

Tahukah kalian ujian itu tandanya Allah dan rindu pada hambaNya?

Allah rindu nak dengar suara kita mengadu pada Dia, kerana sebelum ini kita lebih kerap mengadu pada manusia.

Allah rindu nak dengar kita merintih dan terus berharap pada Dia, kerana sebelum ini kita lebih berharap pada manusia dan akhirnya kita kecewa.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud: “Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya.”

Allahu… tidakkah kita sepatutnya berasa sangat bersyukur di atas ujian yang melanda kita. Ujian tanda kasih sayang sang Maha Pencipta kepada hambaNya yang penuh dengan n0oda dan d0sa.

Kita juga sering tertanya-tanya apakah hikmah yang Allah mahu berikan dengan ujian ini. Kita akan terus mencari dan mencari, tetapi masih tidak ketemu jawapannya.

Terkadang hikmah dan kebaikan itu hanya Allah sahaja yang tahu, walaupun kita memandang bvruk dengan ujian dan dugaan yang menimpa kita.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat bvruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 216)

Kunci bagi setiap kali ujian menimpa kita, adalah bersabar dan bersyukur. Allah takkan menimpa ujian di luar batas kemampuan kita sebagai seorang manusia.

Apabila terjadinya sesuatu yang berat buat kita, solatlah dua rakaat terlebih dahulu. Agar jiwa kita tenang untuk berfikir dan menyelesaikannya.

“Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiya: 35)

Matlamat kita semua adalah syurga, jadi bersiap sedialah dengan ujian yang datang dan akan mendatang.

Hadapinya dengan tenang, pintalah agar Allah memudahkannya dengan kebaikan dan mohonlah kekuatan hanya pada Allah, satu-satunya Tuhan yang sangat sayang pada kita.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kehidupan Dunia Adalah Satu Ujian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*