Kau Dan Aku, Jangan Patah Harapan

Setiap kita ialah pend0sa kerana kita bukan para Nabi dan Rasul, yang Allah janjikan maksum buat mereka. Melakukan kesilapan itu adalah sebahagian daripada fitrah kita sebagai manusia.

Kita semua sama. Pend0sa. Yang membezakan kita adalah taubat dan usaha perbaiki diri.

Ada pend0sa yang terus tenggelam dengan d0sanya, dek kerana termakan hasutan yang menafikan adanya keampunan Tuhan buatnya.

You are a loser and hopeless. Allah will not forgive you because you’ve messed up so much…” Mungkin itulah bisikan yang mengaburi mata hati.

Bisikan yang berjaya melupakan diri bahawa Allah itu Maha Hebat kasih sayang pada hamba-Nya.

Ya, meski kita tidak punya apa-apa ditambah pula setiap detik kita melakukan d0sa, Allah tetap sayang pada diri kita.

DIA sentiasa membukakan pintu untuk kita kembali kepada-Nya, taat kepada-Nya dan meminta ampun dengan sebenar-benar taubat.

Tidak pernah sekali Allah melupakan kita. Sentiasa melimpahkan rahmat-Nya, mengampuni, dan memberikan cahaya petunjuk buat kita semua; si pend0sa yang tidak segan-silu ulang melakukan d0sa.

Hebatnya Allah dalam mencurahkan kasih-Nya tidak kira waktu.

Allah tak pernah jemu memberikan harapan dan peluang kepada kita agar kembali semula kepada-Nya.

Jadi, kenapa kita sendiri yang sememangnya tidak punya apa-apa ini, menguncikan diri daripada menerima peluang yang acap kali telah menyapa?

Peluang untuk bertaubat dan menjadi hamba Allah yang lebih baik?

Wahai pend0sa, jangan berputus asa. Kau dan aku. Jangan pernah patah harapan untuk terus menggapai ampunan daripada-Nya.

Mohonlah kekuatan daripada-Nya untuk bangkit semula! Mulakan gerakan hijrah dalam diri untuk menyahut seruan-Nya.

Jangan sia-siakan lagi detik ini kerana Allah terlalu sayangkan kita semua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kau Dan Aku, Jangan Patah Harapan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*