Kantoi Masak Mi Segera, Shaheizy Sam Diperlekeh Isterinya Syatilla

Aktor Shaheizy Sam disindir isterinya, pelakon Syatilla Melvin selepas dia didapati kantoi sedang memasak mi segera biarpun sedang mengikuti misi kurus.

Video tersebut dikongsi oleh isterinya menerusi laman Instagramnya semalam. 

“Tiga hari lagi dah nak habis misi kurus awak. Satu Malaysia tunggu kau Sam.

“Tapi awak main hasut-hasut orang makan. Kita tunggu dah lihat,” tulis Syatilla sebagai kapsyen.

Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa sebagai Sam sedang mengikuti program kurus #20DaysChallenge sebagai persediaan untuk menjalani penggambaran filem Polis Evo 3.

Malah, Sam turut menjemput 33 peminatnya untuk turut sama menurunkan berat badan dalam masa 20 hari.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Agak2 la korang pon 😒😂. Dalam perjalanan la ni. Ada sapa2 nak tumpang? Tak minta bayar pun #RoadToPolisEvo3 #20DaysChallenge Link utk sign up form kat Profile IG Sam.

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi suami isteri tersebut. 

Lebih menghiburkan apabila Sam turut men1ngg4lkan komen berbaur dend4m gurauan pada video isterinya itu.

Masih berbaki tiga hari lagi, keputusan akhir untuk #20DaysChallenge akan didedahkan pada 26 Ogos ini.

Video itu sehingga kini telah mendapat hampir 560,000 tontonan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My dada is pedas!!!

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kantoi Masak Mi Segera, Shaheizy Sam Diperlekeh Isterinya Syatilla"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*