Harga Sekeping Hati

“Ingatlah, dalam tubuh manusia itu ada segumpal d4ging. Kalau d4ging itu baik  maka akan baiklah seluruh tubuh badan. Tetapi, apabila ros4k, nescaya akan ros4ak pula seluruh tubuhnya. Segumpal d4ging itu bernama qalbu (hati)!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati ini mahal.

“Kenapa ia mahal dan berharga?”

Kerana di situlah Allah melihat kita, bukan pada rupa tetapi pada hati kita.

Belum ada manusia yang stres ingat Allah.

Jika kita ingat kepada Allah, kita akan sentiasa menjaga hati kita.

Untuk hati yang s4kit atau terluka ataupun kecewa, jangan sesekali kita membiarkan al-Quran terlepas daripada hati kita.

Jangan pernah biarkan hati kita kosong dan lalai daripada al-Quran. Moga Allah jaga hati ini dengan sebaiknya.

Untuk hati semua umat Islam di atas muka bumi ini, merintihlah kepada Allah. Hanya kepada Allah tempat memohon. Dialah menguruskan segala urusan kita. Percayalah!

Keajaiban doa itu akan hadir dalam bentuk yang kita sendiri tidak sangka. Maka, berdoalah selalu kepada Allah.

Pernah diriku tertanya, “Berapa harga sekeping hati?”

Sukar untuk dijawab. Tiada jawapan!

Fikiran kita sebenarnya dikawal oleh hati. Apabila ker4s hati kita, keraslah fikiran kita dan ker4slah perbuatan kita. Allahu akbar! Hati adalah segala-galanya dan lebih kuat daripada akal fikiran…

“Kebesaran seseorang itu bergantung kepada qalbunya (hatinya), sedangkan hati itu hanya sekeping d4ging.” (Saidina Ali bin Abi Talib)

Sepi hati,
tiada siapa yang tahu
hanya pada Yang Satu
aku pohon selautan doa.

Tak ingin rayu pada siapa
tak ingin cerita pada siapa
biarkan aku dan DIA
kerana DIA lebih tahu
rintihan hati.

Ya Robb,
aku hamba yang kerdil
penuh d0sa
ampuni aku.

Ya Robb,
rintihan hati pilu
tangisan dalam sejadah rindu.
Hanya pada-Mu kupohon.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Harga Sekeping Hati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*