Bersyukur Dalam Menghadapi Ujian Hidup

Kehidupan ini ibarat satu bentuk permus4firan ibadah bagi seorang hamba menuju Penciptanya.

Dalam perjalanan, kita terpaksa mendaki gunung-ganang yang sukar untuk ditem puhi, merentas lautan yang bergel0ra, t4ufan yang mengg4nas, dan melalui bel4ntara yang tebal serta berduri.

Kadang-kadang, kita ditemukan juga dengan taman menghijau yang mengasyikkan pandangan.

Bagi hamba yang diberikan hidayah oleh Allah, mereka merasakan semua itu adalah p4hit manis dalam perjalanan kehidupan.

Tetapi bagi mereka yang ‘hilang arah’, semua ini hanyalah satu perjalanan yang melelahkan, memenatkan, membosankan serta meny4kitkan hingga mereka tenggelam dan berhenti meneruskan perjalanan.

Mereka lupa akan matlamat asal permulaan perjalanannya itu; kembali menuju Tuhan.

Walau apa yang terjadi dalam hidup ini, lihatlah ia sesuatu yang mendamaikan jiwa meskipun perit yang kita rasakan.

Bersyukur bukan sahaja apabila diberi rezeki dan kurniaan daripada Allah, malah, setiap ujian yang mendatang, lazimi diri untuk terus bersyukur dan melafazkan Alhamdulillah.

Tanda Allah itu sayang pada kita, dan mahu kita sentiasa dekat dan mengadu pada-Nya.

Orang biasa hanya bersabar tatkala diuji. Mukmin luar biasa bukan sahaja bersabar tetapi sentiasa bersyukur dengan setiap ketentuan sama ada baik atau buruk yang menimpa dirinya.

Ketika kita sering men geluh dan mempersoalkan ujian yang hadir bertubi-tubi pada kita, sedarkah kita bahawa para salafussoleh mer1ntih dan mengadu pada Allah; mereka cem bu ru dan se dih membicarakan ujian yang tidak diberikan kepada diri mereka.

Sahabat, percayalah, setiap apa yang ditentukan oleh Allah bukanlah perkara yang si4-si4. Hidup di dunia yang sementara ini perlu disertakan dengan rasa syukur terhadap Pencipta.

Ayuh, marilah kita sentiasa bersyukur dalam setiap apa yang Allah berikan pada kita, baik rezeki mahupun ujian.

Teruslah berkomunikasi dengan Allah tanpa dibatasi waktu, tempat, dan situasi. Ingatlah kita akan-Nya, pautkanlah hati kita pada-Nya, serta besarkanlah jiwa kita dalam menerima setiap suratan takdir.

Jadilah kita mukmin yang luar biasa dengan sentiasa bersyukur dalam menghadapi per1tnya ujian hidup, dan, marilah kita teruskan perjalanan mus4fir kita ini menuju Pencipta kita.

“Aku kagum terhadap urusan orang yang beriman, kerana seluruh urusannya merupakan kebaikan baginya. Jika mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka syukur itu adalah kebaikan baginya. Jika ditimpa kesul1tan, dia bersabar, maka sabar itu merupakan kebaikan baginya. Hal seperti ini tidak akan didapati pada seseorang kecuali orang yang beriman.” (Hadith riwayat Muslim)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Bersyukur Dalam Menghadapi Ujian Hidup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*