An-Naas: Berserah Hanya Kepada Allah

Surah An-Naas, sudah pasti semua orang menghafalnya.

Surah yang pendek, sudah tentu ramai mengingatinya. Namun begitu, ada apa dengan surah yang ke-114 ini?

An-Naas bermaksud manusia. Manusia itu ialah kita. Surah ini mengajar kita supaya berlindung kepada Allah daripada sesama manusia.

Dalam kehidupan kita seharian, kita akan berhadapan dengan manusia yang mempunyai pelbagai ramai. Ada yang baik dan ada yang tak baik.

Seandainya goy4h iman kita, kita akan tergelincir di jalan yang salah kerana dipengaruhi sy4it4n yang bert0pengkan manusia.

Oleh itu, surah ini mengajar kita cara untuk menghadapi hidup di tengah-tengah gel0mbang manusia. Kita disuruh berlindung diri kepada Allah.

Allah itu Rabbun Naas (Pemelihara Manusia).

Allah itu Malikun Naas (Penguasa Manusia).

Allah itu Ilahun Naas (Sesemb4han bagi Manusia).

Allah tidak akan membiarkan sahaja manusia hidup semahu-mahunya sendiri seperti dalam firman-Nya dalam surah Al-Qiyamah ayat 36:

“Apakah mereka menyangka manusia itu bahawa ia akan dibiarkan saja hidup terumb4ng-4mbing?”

Hanya kepada Allah kita berserah kerana kita adalah milik Dia. Kita berlindung diri kepada Allah iaitu Pemelihara, Penguasa dan Tuhan dari sekalian alam.

Ayat terakhir surah ini telah dijelaskan bahawa si pengintai itu terdiri daripada j1n dan manusia.

Mereka memasukkan perasaan was-was ke dalam dada manusia supaya ses4t daripada mengingati Allah.

Namun begitu, kita akan berjaya mengatasi semua ini apabila kita meninggalkan apa yang disukai sy4itan.

Orang yang terpelihara dalam benteng itu ialah orang yang benar-benar tidak ada yang disembahnya selain Allah.

Dalam sebuah hadis sahih, diriwayatkan oleh Bukhari yang beliau terima sanadnya daripada Sayyidatina Aisyah ada menceritakan kisah Rasulullah SAW.

Apabila hendak masuk ke dalam tempat tidurnya pada setiap malam, dibacanya oleh Baginda surah Qul Huwallaahu Ahad, Qul A’udzu Bi Rabbil Falaq dan Qul A’udzu Bi Rabbin Naasi di kedua-dua telapak tangannya.

Setelah selesai, disapunya kedua telapak tangan itu dengan dimulai dari kepalanya dan muka, terus kepada seluruh bandannya sampai ke bawah. Baginda melakukan perbuatan tersebut sebanyak tiga kali.

Semoga kita sentiasa berada dalam jagaan Allah, insyaAllah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "An-Naas: Berserah Hanya Kepada Allah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*