Akhirnya Adira Buka Mulut Cerita Perkara Sebenar…

PENYANYI Adira berkata d4kwaan kononnya dia sudah bercer4i dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu hanyalah sekadar gosip rekaan yang bertujuan melemahkan dirinya.

Menurut Adira, dia lebih selesa untuk tidak melayan gosip sedemikian dan menafikan hubungan rumah tangganya dengan ahli perniagaan itu sudah berakhir.

“Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Daripada dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja.

“Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya.

“Walaupun gosip (cer4i) itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekuulasi ia adalah saya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Adira enggan melayan gosip tak masuk akal mengenai hubungan rumah tangganya.

Baru-baru ini, ruangan gosip sebuah portal hiburan menyiarkan laporan mengenai seorang artis wanita dicer4ikan ketika sedang hamil anak ketiga.

Dalam artikel tersebut, sumber memberitahu dia turut berada dalam satu kamar dengan artis wanita berkenaan.

Katanya, artis wanita itu juga nampak pasrah dan reda mengenangkan nasib diri bakal bergelar janda sebaik saja anaknya dilahirkan beberapa bulan lagi.

Sementara itu, menerusi laporan mStar pada 16 April lalu, suaminya Adnan atau lebih dikenali Datuk Red menafikan kehadirannya ke mahkamah kerana hal berkaitan rumah tangga.

Malah, Adnan berkata dia tidak kisah jika ada netizen membuat spekulasi dan beranggapan rumah tangganya bersama penyanyi lagu Pujaan Hati itu sudah goyah.

Datuk Red sebelum ini pernah ke mahkamah namun bukan hal berkaitan rumah tangga.

“Kehidupan kami berjalan seperti biasa, biarlah kalau orang nak buat spekuulasi disebabkan tulisan tersebut. Buat masa ini kami bahagia sahaja, kalau tak bahagia takkan dia mengandung kan?

“Cuma biasalah, ibu hamil ini, emosi kurang stabil sikit, ditambah pula ada ‘anasir-anasir luar’ kiri dan kanan… Insya-Allah semoga semuanya kembali seperti dahulu,” katanya.

Sejak awal tahun ini, pelbagai spekuulasi timbul membabitkan hubungan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, masing-masing menegaskan hubungan mereka masih utuh sebagai suami isteri.

Terdahulu, Adnan berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

 

Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya!

ADIRA

Penyanyi

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017, manakala anak kedua Assan pada 9 September 2018 dan anak ketiga pada Khamis lalu.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali sebagai Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Akhirnya Adira Buka Mulut Cerita Perkara Sebenar…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*