“Adakalanya Air Mata Saya Mengalir”- Diana Danielle Dedah Siapa Farid Kamil Sebenarnya Buat Netizen Terkejut

Siapa tidak kenal pemilik trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29, Diana Danielle akui berasa gementar apabila suaminya, Farid Kamil menonton filem lakonannya.

Danielle menjadikan suami sebagai rujukan dalam bidang lakonan, beliau turut mengidolakan Farid yang dilabelkan sebagai pelakon senior seiring aktres Maya Karin dan Bront Palarae.

Menurut pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 27, itu, adakalanya teguran Farid, 37, kedengaran berb1sa sehingga mampu membuatkan air matanya mengalir.

Bagaimanapun, setelah hampir tujuh tahun berumah tangga, Diana mengambil positif dalam setiap teguran Farid demi kebaikan kerjaya lakonannya.

Tur serta pada acara tayangan perdana filem Gol & Gincu Vol. 2 baru-baru ini, Diana bukan sahaja mengharapkan Farid, bahkan khalayak turut memberi sokongan terhadap naskhah tersebut yang akan memulakan tayangan pada 25 Oktober ini.

Menjayakan watak sebagai Zakiah, filem terbitan Red Communications tersebut turut dibintangi Ummi Nazeera, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Syafiq Kyle, Aedy Ashraf, Jad Hidhir, Iezahdiyana Alaudin, Tiara Anchant, Grace Ng, Aida Noris, Intan Serah, Nik Nasuhah dan Annabel Michael.

KOSM0! – Bagaimanakah reaksi Diana Danielle terhadap filem terbaharu Gol & Gincu Vol. 2 yang bakal ditayangkan pada 25 Oktober depan?

D1ANA DANIELLA: Sejujurnya saya berasa gementar terutama apabila mengetahui filem tersebut turut ditonton oleh suami saya, Farid Kamil pada acara tayangan perdana.

KOSM0! – Apakah yang membuatkan anda berasa demikian, walhal Farid merupakan suami anda?

Saya menganggap dia sebagai idola selain pelakon senior dalam industri lain setanding Maya Karin dan Bront Palarae. Saya berasa bimbang kerana dia akan memberi teguran terhadap hasil lakonan saya. Tegurannya adakala kedengaran terlalu ‘keras’ sehingga membuatkan saya menangis. Biarpun begitu, saya mengambil setiap teguran itu sebagai satu kritikan membina agar dapat memperbaiki mutu lakonan pada masa akan datang. Teguran itu juga merupakan salah satu cara Farid menunjukkan rasa sayang kerana ingin melihat lakonan saya semakin baik

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

D akan selalu dalam diam terharu dgn hubungan Aurora & Babah sbb dulu D sekejap sangat rasa kasih sayang seorang Ayah. Itulah takdir, itulah kehidupan. Saya syukur ibu saya masih hidup, dia yg korbankan segalanya utk saya, dia peneman, dialah pembimbing, dan saya syukur saya ada suami yg sayang anak-anaknya seluruh jiwa raganya. Mereka dapat rasa gomolan seorang Ayah, teguran, kasih sayang. Masa akan berlalu dgn pantas, semoga hubungan ini akan buat anak-anak kita tak lekang doa di bibir bila kita tak ada nanti. No matter what, until this day I always pray for my dad, just cause he is my dad. #secebisluahan #anakanda #ayahanda #fathersprotectnotdisappear

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

KOSM0! – Bercerita mengenai lakonan, bolehkah anda kongsikan mengenai watak dan jalan cerita Gol & Gincu Vol. 2?

Untuk filem ini saya membawakan watak sebagai Zakiah yang merupakan rakan sebilik kepada seorang pelajar kolej yang juga bernama Zakiah (lakonan Ummi Nazeera).

Ia mengetengahkan persoalan penggunaan media sosial yang kini menjadi tumpuan utama masyarakat. Mungkin pada masa sekarang kita tidak melihat implikasi perkara tersebut untuk jangka masa panjang. Pada masa sama, saya sendiri takut memikirkan apa yang hendak dimuat naik ke dalam sosial media kerana bimbangkan reaksi anak-anak apabila mereka mengetahuinya kelak.

KOSM0! – Memandangkan filem Gol & Gincu pada 2005 berjaya mencetuskan fenomena tersendiri, bagaimanakah perasaan anda sekiranya naskhah baharu berkenaan dijadikan perbandingan dengan edisi terdahulu?

Jujur sewaktu sesi pemilihan pelakon, saya hampir tidak menghadirkan diri kerana takut tidak mampu untuk berlakon dalam filem itu. Tetapi, saya anggap tawaran ini sebagai peluang yang tidak dapat dilepaskan kerana sedia maklum karya terbitan Red Communications banyak memaparkan perjuangan golongan wanita.

Bercakap soal perbandingan, bagi saya versi kedua ini naskhah baharu dengan pelakon yang berbeza. Tidak dinafikan reaksi sebegitu pasti akan ada tetapi saya mengambilnya sebagai satu pandangan positif. Sejujurnya, filem Gol & Gincu terdahulu mempunyai nilai sentimental kepada penonton sementelah naskhah tersebut telah berusia 13 tahun. Nilai nostalgia yang ada pada filem itu amat mustahil untuk kami rampas tetapi tidak salah sekiranya memberi sokongan terhadap wajah baharu dengan plot penceritaan yang berbeza.

KOSM0! – Bolehkah anda kongsikan cabaran sepanjang melibatkan diri dalam filem Gol & Gincu Vol. 2?

Sementara cabaran untuk mempersiapkan watak lebih berat berbanding mencipta karakter Zakiah itu sendiri. Saya perlu memotong rambut pendek dan menurunkan berat badan selain perlu menjalani latihan bermain futsal sedangkan saya tidak pernah mencuba sukan tersebut. Agak memberi cabaran apabila perlu menurunkan berat badan kerana sejujurnya saya bukan individu yang gemar bersenam.

Selain itu saya perlu menurunkan berat badan kerana pihak produksi mengatakan saya terlalu gemuk untuk membawakan watak tersebut. Justeru, saya mengambilnya sebagai satu cabaran dan berusaha memenuhi kriteria karakter. Selain itu, penampilan saya dalam filem tersebut banyak dibantu oleh penata gaya, Min Luna.

KOSM0! – Tidakkah berasa risau sekiranya khalayak mempertikai status sebenar anda yang merupakan ibu kepada dua orang cahaya mata namun masih membawakan watak sebagai pelajar kolej?

Memang tidak dinafikan, timbul perasaan risau. Bagaimanapun, sebagai pelakon, status sebenar tidak menjadi penghalang sekiranya artis terbabit mampu menterjemahkan watak dengan baik. Perkara penting adalah meyakinkan penonton bahawa saya mempunyai kredibiliti untuk membawakan watak dengan baik.

Seandainya seseorang pelakon berjaya berbuat demikian, jadi tidak adil untuk bersikap prejudis terhadap kemampuan mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: kosm0 via Newscoviral via Celotehsaje

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Adakalanya Air Mata Saya Mengalir”- Diana Danielle Dedah Siapa Farid Kamil Sebenarnya Buat Netizen Terkejut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*