Adakah Kalau Kami Dekat dan Berbaik, Kami Akan Jadi Macam Lagu Stacy ‘Bergabung Meletop?’ – Rita Rudaini

Awal malam tadi pelakon Rita Rudaini ada memuat naik posting terbaru iaitu foto bekas suami, Mohamad Aidil Zafuan Radzak bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.

Menerusi ruangan kapsyen foto berkenaan, Rita ada memaklumkan ada pihak yang bagaikan tidak senang andai dia berbaik semua dengan bekas suami demi anak-anak.

“Ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau kami berbaik, walaupun demi anak-anak. Gigihla cuba nak lag4kan kami. Anak-anak kami jadi m4ngsa. KEeJI dan JiIJIK. AIDIL dan RITA ni jangan bagi dekat, jangan jadi baik. Nape ek? Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami akan jadi macam lagu Stacy ‘bergabung meletop?’

“Rancanglah macam mana pun, buatlah macam mana pun, biar pun beribu tahun sisturr okay je. Sebab sisturr percaya, satu hari nanti TUHAN akan bisikkan hanya yang BENAR pada Daddy ryanjuna,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #sislanjesupper #AIRIT.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rindunyaaa..xsabar nak ke sana dgn anak2 lg november ni….jom sertai umrah cuti sek dgn mommy n anak2 pd 21hb nov-1hb dec 2019 nanti….korang bole byr deposit dulu rm500 kpd @razaholidays …atau trus kol ☎️ 019 4407777 ….cpt2 book seat korg utk umrah dan ziarah bersama sy 😊

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

Beberapa hari lalu menerusi laporan Harian Metro, Aidil ada memberitahu dirinya sedia bertemu dengan anak-anak dan perkhabaran itu disambut baik Rita kerana sebelum ini, dia tidak pernah berniat untuk menghalang Aidil daripada bertemu kedua-dua anak lelakinya itu.

“Alhamdulillah jika benar dia mahu bertemu anak-anak. Selama ini saya tunggu saja dia datang berjumpa Rayyan dan Arjuna. Sebagai ibu, saya tak pernah ada niat nak halang dia.

“Sebulan sebelum dia berkahwin, dia ada berjumpa anak-anak. Ketika itu saya pesan, jangan putuskan hubungan dengan anak-anak walaupun sudah ada keluarga baru.

“Kalau pun tak boleh berjumpa, telefonlah setiap hari agar anak sentiasa ingat bapa mereka. Tiga bulan pertama selepas berkahwin, dia ada hubungi anak-anak. Ketika itu saya sangat gembira. Namun, selepas itu dia terus diam hingga sekarang,” katanya seperti yang dipetik.

 

Sumber : MH


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Adakah Kalau Kami Dekat dan Berbaik, Kami Akan Jadi Macam Lagu Stacy ‘Bergabung Meletop?’ – Rita Rudaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*