ada kelibat melintas… “Macam wanita, tak nampak wajah tapi dua mata putih”

SEKALI pandang mungkin tak perasan kerana lampu-lampu berkelipan di dalam sebuah bilik tidur pada waktu malam lebih mencuri tumpuan.

Namun jika diam4ti semula klip video tular itu, satu kellbat putih kelihatan melintas laju menerusi pantulan imej di cermin pada dinding.

“Benda boleh menari sama-sama dengan lagu “cinta jangan engkau pergi” hari tu tak ada adab duduk atas kepala. Kali ni ikut alunan lagu pulak dia lalu,” menerusi perkongsian di laman sosial Twitter yang merujuk kepada kellbat p0cong.

Video tersebut sebenarnya dirakamkan oleh seorang gadis di bilik tidurnya sebelum ia dikongsi oleh rakannya di laman sosial sehingga menjadi tular.

Cermin pada dinding bilik tidur Siti.

Hanya mahu dikenali sebagai Siti, gadis itu berkata, kejadian berlaku di kira-kira pukul 12.30 pagi Isnin lalu di bilik tidur di rumah keluarganya di Selayang, Selangor.

Dia yang berusia 22 tahun memberitahu, bilik hanya bermandikan cahaya lampu kelip-kelip di sekitar cermin, manakala dia duduk di atas katil bersama adiknya yang berumur setahun sambil mendengar lagu.

“Dalam bilik keadaan macam biasa. Saya kemudian tengok rakaman yang dibuat dan perasan ada benda putih melintas pada pantulan imej di cermin.

“Ramai yang tengok video tu kata ia p0cong, tapi saya rasa l4ngsuir sebab saya ada pengalaman tengok kedua-duanya sebelum ni,” katanya kepada mStar.

Langsir di bilik tidur berwarna merah dan bukan putih dikatakan kononnya bayangan kellbat putih.

Siti berkata, hasratnya untuk memuat naik klip video tersebut di laman sosial selepas rakaman dibuat terpaksa dilupakan ekoran kellbat misteri itu.

“Saya nampak macam wanita berpakaian putih, tak nampak wajahnya tapi ada dua mata berwarna putih. Saya terkejut dan bulu roma memang meremang.

“Sudahnya saya keluar bilik tidur, sebaliknya tidur di ruang tamu dengan lampu terbuka dan memainkan lagu sampai pagi. Tak berani tidur dalam bilik,” katanya.

Di luar rumah yang mana Siti mendengar bunyi seperti orang berjalan antara pukul 3 dan 4 pagi.

Menurut anak kedua daripada tujuh beradik itu, kejadian misteri yang dialaminya tidak terhenti setakat itu, kerana dia mengalami gangguan pada hari berikutnya.

“Saya dengar bunyi macam orang berjalan dan besi cangkul di luar rumah antara pukul 3 dan 4 pagi. Terdengar bunyi benda jatuh di dapur memandangkan bilik saya dekat dengan dapur.

Saya dengar bunyi macam orang berjalan dan besi cangkul di luar rumah antara pukul 3 dan 4 pagi. Terdengar bunyi benda jatuh di dapur memandangkan bilik saya dekat dengan dapur.

SITI

“Tapi bila saya intai dari pintu bilik, tak ada pula orang dan tak nampak benda yang jatuh. Saya ingatkan seorang saja yang dengar, rupa-rupanya ibu dan adik-adik lain ada juga dengar dan tiada siapa yang ke dapur ketika itu,” tambahnya.

Siti bagaimanapun mendedahkan pengalamannya beberapa kali ternampak kellbat p0cong dan l4ngsuir apabila pulang ke kampung neneknya di Melaka.

Bunyi besi cangkul turut kedengaran pada awal pagi.

Seminggu sebelum rakaman misteri itu dibuat, dia sekeluarga baru bercuti di rumah neneknya sempena Hari Raya Aidiladha.

“Sebenarnya ada kejadian mistik yang berlaku semasa kami sekeluarga bercuti di rumah nenek, dan kemungkinan ‘benda’ tu ikut kami pulang ke rumah.

“Saya taklah berani sangat orangnya, tapi ternampak p0cong dan l4ngsuir depan mata beberapa kali. Ayah kata biarlah, jangan fikirkan sangat dan banyakkan berdoa.

“Saya percaya ia mungkin ada kaitan dengan kejadian membabitkan makhluk halus di rumah nenek. Apapun saya bersyukur tiada lagi gangguan sejak semalam,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai lnsiden yang berlaku di rumah neneknya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mStar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "ada kelibat melintas… “Macam wanita, tak nampak wajah tapi dua mata putih”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*