Wasiat As-Syahid Hassan Al-Banna Yang Ramai Orang Tak Tahu

“Harimau m4ti meninggalkan belang, manusia m4ti meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan.”

Begitulah satu nama yang begitu gah di sisi Islam sehingga kini iaitu Iman Hassan Al-Banna. Walaupun beliau telah pergi bertemu Pencipta, tetapi segala jasa dan pengorb4nan beliau sudah cukup membuktikan bahawa kini beliau sedang berbahagia di sisi Allah.

Kesungguhannya dalam membawa dakwah Islam begitu menjadi inspirasi dan tauladan kepada kita. Ketika usianya 23 tahun, beliau telah menubuhkan Jemaah Ikhwan Muslim. Akhirnya, beliau syahid kerana memperjuangkan agama Islam yang suci.

Semoga kita dapat bertemu Iman Hassan Al-Banna dan bersama mencicip kopi di syurga, inshaAllah.

Sebelum beliau syahid, beliau telah meninggalkan wasiat kepada kita, umat akhir zaman, sebagai panduan untuk menempuh perjalanan hidup di dunia. Berikut adalah senarai wasiat beliau.

(1) Jika terdengar azan, maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

Azan adalah tanda Allah memanggil kita dengan penuh rasa cinta. Apa pula tindakan kita? Masih di hadapan televisyen menonton rancangan atau drama kegemaran?

Akhirnya solat kita menjadi lewat di akhir waktu. Mungkin tiada rasa cinta kita buat sang Pencipta.

(2) Perbanyakkan bacaan al-Quran, selalu membuka kitab-kitab untuk menambah ilmu, pergi ke majlis-majlis ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Allahu, antara pesanan beliau yang mana kesemua manfaatnya untuk diri kita sendiri. Al-Quran kalam Allah disuruh baca adalah kerana al-Quran sebagai panduan atau manual untuk kita menjalani kehidupan.

Bukan itu sahaja, malahan al-Quran sebagai peringatan, pesanan, pengajaran dan penawar untuk kita sebagai manusia.

Zikir pula adalah supaya hati kita sentiasa ingat akan Allah, kerana hanya dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang.

Jangan sesekali melakukan perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat untuk hari akh1rat kita, kelak kesannya hidup kita di dunia tidak bererti, akh1rat pula pastilah rugi.

(3) Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang (syiar) Islam.

Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran, carilah inisiatif atau usaha untuk mempelajari bahasa Arab supaya kita mudah faham lenggok bahasa yang cuba dituturkan Allah di dalam kalamNya.

(4) Janganlah bertengk4r walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengk4ran yang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Pertengk4ran adakalanya tidak menyelesaikan apa-apa perkara. Bertuturlah dan berbicanglah dengan penuh hikmah dan kasih sayang.

Pertengk4ran itu disebaliknya adalah api dan sy4it4n, maka bersegeralah ambil wudhuk untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

(5) Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

Ketawa yang banyak boleh menyebabkan hati ker4s dan m4ti, seperti pesanan Nabi SAW: “Janganlah engkau memperbanyak ketawa, kerana sesungguhnya banyak tertawa akan mem4tikan hati.”

Yang dimaksudkan dengan mem4tikan hati adalah lalai untuk mengingati Allah dan l4lai daripada kehidupan akh1rat. Apabila hati manusia l4lai dalam mengingati Allah, maka sesungguhnya kem4tian lebih dekat kepadanya daripada kehidupan.

(6) Janganlah terlalu banyak bergur4u kerana orang Islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergur4u melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

Bergur4u itu tidak salah tetapi ada batasnya, jangan sampai bergur4u dengan perkara-perkara yang sensitif terutamanya berkaitan agama.

(7) Janganlah bercakap lebih ny4ring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang ny4ring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah meny4kiti hati orang.

Bercakaplah dengan penuh sopan dan lembut. Boleh jadi suara kita yang tinggi nadanya meny4kitkan hati yang mendengar.

Mungkin mereka merasakan kurang adabnya kita bercakap tinggi seolah-olah sedang marah. Jadi, bersederhanalah.

(8) Jauhilah daripada mengump4t-ump4t peribadi orang, mengec4m pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

Seperti sabda nabi SAW: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akh1rat maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam.”

Janganlah merasakan diri kita atau pertubuhan kitalah yang paling terbaik, suci daripada kesal4han dan d0sa. Cukuplah kita memperbaiki kelemahan dan menghormati pertubuhan yang lain.

(9) Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

Pentingnya kita dalam berukhuwah dengan setiap muslim, dan tunjuklah contoh terbaik untuk mengekalkan momentum dakwah kita kepada semua. Agar lebih ramai lagi yang sudi bergerak bersama kita dalam gerabak dakwah dan menyebarkan Islam kepada semua.

(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.

Pernah diceritakan sewaktu zaman sahabat nabi dahulu, usai mereka melakukan perjumpaan, mereka akan mengakhirinya dengan surah al-Asr.

Membacanya dengan kuat, untuk menyatakan betapa pentingnya nilai sesuatu masa. Dan Allah bersumpah di dalam surah  al-Asr, demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan kepada kebaikan dengan penuh kesabaran.

Adakah kita termasuk di dalam mereka yang menghargai masa dengan sebaiknya? Mungkin kita masih jauh.

******

Begitulah antara wasiat yang dipesan oleh sang penghuni syurga As-syahid Hassan Al-Banna.

Segalanya yang dipesan adalah untuk membentuk akhlak kita sebagai seorang muslim, malah ianya juga sebagai bekalan akh1rat kita.

Segala yang beliau lakukan adalah untuk Islam semata dan demi Allah. Beliau kini sedang bergembira di syurga Allah.

Ayuh kita merenung kembali, sejauh mana kita bersungguh-sungguh dalam menyebarkan dakwah dan kebaikan? Ataupun buat dakwah sikit, tetapi putus asanya yang lebih?

Kita claim nak masuk syurga, tetapi tiada apa pun sumbangan kita untuk menangkan Islam.

Semoga Allah mengurniakan kepada kita semangat juang sehebat Hassan Al-Banna, meneruskan dakwah Islam sehingga kita pulang bertemu Pencipta kelak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Wasiat As-Syahid Hassan Al-Banna Yang Ramai Orang Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*