Untuk Apa Aku Meneruskan Kembara Ini?

Manusia ada fasa-fasa kehidupan mereka, dari satu kel4hiran yang tiada apa-apa malah tiada nama kepada menjadi seorang bayi yang mula belajar merangkak dan berjalan, dari waktu kecil kepada waktu remajanya, waktu dewasa kepada waktu tuanya.

Walaupun begitu tidak kesemua daripada kita akan merasai fasa-fasa tersebut. Ada yang hanya terhenti pada waktu remajanya dan jika dikurniakan umur yang panjang kita dapat merasai fasa tua kita.

Itu semua telah termaktub dalam pengetahuan Allah SWT. Hakikatnya umur yang dikurniakan ini ada perkara yang perlu diperjuangkan.

Hidupku

Antara waktu yang bahagia dalam hidup ini adalah apabila aku telah menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda pada pertengahan umur 23.

Aku bebas. Bukan kerana aku bekerja menanam anggur (Bahasa kiasan sebagai penganggur) atau duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.

Hakikatnya aku dapat menelaah kembali apa yang tertinggal dan menghadiri kuliah-kuliah agama berhampiran walaupun aku bukan ahlinya.

Tetapi bersama-sama rakan yang baik, pada majlis yang mulia telah menjadikan diri ini dapat merasai satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Aku rasa bahagia, aku rasa kaya walaupun pada zahirnya tidak begitu, tetapi hakikatnya ya. Betapa ajaibnya Allah SWT membahagikan nikmatNya.

Ketika mana aku menikmati waktu-waktu itu, aku berfikir tiba masanya untuk bekerja. Untuk menjadi lelaki bermaruah!

Apabila aku terjun di dalamnya, sedikit demi sedikit aku mula merasai bermulanya waktu kelam dalam hidup ini dari awal waktu pagi hingga ke malam yang dalam.

Menjadi manusia yang tiada bezanya dengan seekor kera yang mana pagi hingga malamnya mencari makanan yakni rezeki.

Ya, memang jika dipandang jawatan yang disandang ini mungkin menjadi cita-cita sebahagian orang tetapi ia tidak seindah yang dibayangkan.

Terasa jiwa ini semp1t apabila bersama-sama orang yang “besar’, duduk semeja dengan mereka, berbincang dan mendengar kerisawan mereka tentang itu dan ini.

Dalam kepalaku hanyalah kerja, kerja dan terus berkerja. Sehinggakan aku terfikir adakah aku diciptakan untuk ini?

Aku teringat kata-kata Buya Hamka:

Kalau hidup sekadar hidup, b4bi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, ker4 juga bekerja.”

Dan kata-kata Buya Hamka ini juga membuatku teringat akan satu potongan hadis tentang akhir zaman yang mana diriwayatkan oleh Abu Umamah bahawasanya Nabi Muhammad SAW bersabda:

“…Pada pagi harinya mereka akan menjadi seperti ker4 dan b4bi.. “ (Riwayat Ahmad)

Adakah aku antara manusia yang dimaksudkan itu?

Kadangkala teringat waktu aku bekerja sebagai pembantu ayahku, sebagai buruh binaan. Walaupun pulangnya penat tetapi jiwanya tenang. Walaupun gajinya kecil tetapi nikmatnya besar.

Dan ini membuat aku acap kali berfikir adakah cita-cita yang dirancang dulu itu salah. Tidak! Ini mungkin kerana dos4ku, seperti mana kata Fudhail bin Iyadh dalam banyak riwayat hidupnya.

Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?

Seketika aku berfikir, “Sampai bila aku perlu hidup begini? Sampai Bila?”

Menikmati hari-hari yang sentiasa resah dalam kembara hidup ini. Menjadi hamba kepada kemahuan manusia lain sedang aku? Apa yang aku dapat?

Sehinggakan terlintas satu persoalan yang besar iaitu, “Lalu aku hidup sebagai apa?” Teringat akan satu ungkapan oleh Arifah Bukhari dalam nota kecilnya, beliau menyatakan:

“Kembara ini bukan untuk diri sendiri. Kembara ini menuju Ilahi.”

Dan aku sangat terkesan dengan kata-kata Buya Hamka:

“Hidup kita hanya sekali, justeru biar bererti.”

Umur yang dikurniakan ini hanya satu, hanya satu! Ia sebagai ujian kepada kita semua. Setiap langkah ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Dan ia bukan semata-mata untuk kerja.

Ada hak atau tanggungjawab lain yang perlu kita tunaikan, hak sebagai seorang anak, sebagai seorang abang, sebagai seorang pelajar dan hak paling penting sebagai hambaNya.

Semua itu perlu difikirkan dan dilaksanakan dalam setiap langkah ini. Dan aku sedar jika keadaan ini berterusan maka akan ada yang akan aku kesalkan.

Jika tidak di sini maka kekesalan ini akan berlaku di sana. Ini satu musibah yang besar. Bukankah kita selalu menyebut dalam solat kita, doa iftitah yang mana bermaksud:

“… Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan m4tiku hanyalah semata-mata keranaMu ya Allah, Tuhan semesta alam.” (Surah Al-An’aam, ayat 162)

Adakah dalam diri ini ada sifat “nifaq”, berkata di hadapan Allah SWT untuk menjadikan keseluruhan hidup ini hanya untukNya tetapi pada hakikatnya, kehidupan ini tidak begitu. Sesungguhnya ada perkara yang perlu betulkan.

Sebuah Keputusan

Aku mempunyai cita-cita. Sebuah cita-cita yang mana orang di sekeliling aku mendapat manfaat daripada diri ini.

Bukan menjadi orang yang kaya tetapi dibenci oleh sebahagian manusia, atau memiliki segala-galanya dan dipandang gah tetapi hati sentiasa sempit dan berdukacita.

Usia muda ini terlalu mahal untuk disia-siakan, bahkan antara empat soalan wajib yang akan ditanya oleh Allah SWT kepada kita kelak, “Tentang zaman mudamu, bagaimana kamu gunakan?”

Perkara itu patut kita muhasabah daripada sekarang. Dengan itu, aku memilih untuk menyambung pengajianku dan dengannya juga aku yakin akan mendapat manfaat yang lain bukan sahaja diriku tetapi orang disekelilingku.

Daripada Anas Ibn Malik, beliau menyatakan:

“Ada dua orang saudara pada zaman Nabi SAW. Salah seorang selalu menemui Nabi SAW (untuk belajar) dan seorang lagi bekerja mencari rezeki. Kemudian, saudara yang bekerja itu mengadu kepada Nabi SAW berkenaan saudaranya (yang ditanggung). Jawab Baginda Nabi SAW kepadanya: “Boleh jadi kau direzekikan dengan sebabnya” -Riwayat al-Tirmidzi (2345) dalam Sunan.

Aku tahu, akan ada segelintir kecil kawan yang tidak bersetuju dengan keputusan ini. Bukan kerana pengajian yang akan disambung tetapi jawatan dan kerja yang aku tinggalkan itu.

Tetapi inilah hidupku, yang mana aku inginkan sesuatu kebaikan daripada keputusan yang aku lakukan dan tentunya aku mempunyai cita-cita yang mana bukan sahaja manfaatnya kepada diriku tetapi orang di sekelilingku.

Aku teringat kata-kata mutiara anak murid Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah iaitu al-imam ibnu Qayyim al-Jauzi, katanya:

“Terlalu ramai orang yang tidak mahu menetapkan cita-cita yang tinggi bagi dirinya atau bahkan lalai untuk memilih kerjaya kerana mereka takut akan kritikan daripada keluarga dan sahabat yang mungkin menyebut, ‘Jangan bercita-cita terlalu tinggi, orang akan berfikir engkau gila.”

Cita-citaku bukannya terlalu tinggi tetapi apa yang aku belajar daripada kata mutiara ibnu Qayyim ialah jangan mendengar kata-kata mereka yang bersifat skeptis terhadap kita.

Alhamdulillah kerana di sisiku ini, aku dikurniakan kawan yang membantu dalam urusan agamaku.

Tetapi aku ingin memberitahu bahawasanya pemilihan kawan-kawan itu tersangat penting kerana ia akan membentuk peribadi kita sendiri.

Bukankah kita tahu antara penyesalan ahli neraka di akhirat kelak adalah tersalah pilih kawan?

Allah SWT menyatakan dalam kitabnya:

Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? “Wahai cel4kanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! “Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Sy4itan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)”. (Surah Al-Furqaan, ayat 27-29)

Wanita

Pada usia muda ini, d4rah panas mengalir dalam diri dan keinginan untuk mempunyai peneman dalam kehidupan ini menebal.

Di tambah pula apabila antara tajuk yang mengambil tempat apabila berbicara dengan kenalan, kawan-kawan dan sahabat ialah berkaitan tentang hal perkahwinan.

Umumnya perkara ini tidaklah menjadi satu bebanan yang besar dalam diri ini. Kerana kita semua yakin bahawasanya ia telah ditetapkan oleh Sang Pencipta.

Tetapi nak atau tidak perkara ini perlu difikirkan kerana ia sunatullah dalam kehidupan manusia.

Dari sisi pandangku, wanita sebenarnya memainkan impak yang besar dalam kehidupan seorang lelaki. Bukan sahaja dari segi tanggungjawab, bahkan ia sebenarnya mencorak seseorang lelaki untuk memilih jalan kehidupannya.

Jika tidak banyak, corak perubahannya maka setidak-tidaknya sedikit, atau sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya.

Sebab itu kita mungkin pernah melihat seorang lelaki mempunyai cita-cita besar sebelum berkahwin tetapi cita-citanya itu pudar dan menghilang setelah beliau berkahwin. Begitu juga sebaliknya.

Perkara ini merupakan sesuatu yang besar yang perlu difikirkan. Ya memang benar setiap lelaki bercita-cita untuk didampingi oleh seorang wanita. Tetapi ada harga yang perlu dibayar. Ini termasuk dan terpakai kepada pejuang ilmu.

Teringat aku akan tulisan Buya Hamka yang mana beliau menyatakan:

“Kalau ramai kawannya terhenti kegiatan kerana berkahwin, sehingga ada pepatah pelajar di surau-surau; “al-‘ilmun marbuthun gaina fakhidzaiha” (Ilmu bergantung di antara kedua-dua belah paha perempuan).”

Semoga Allah SWT mengurniakan aku seorang wanita yang sentiasa dalam langkah perjuangan hidup ini sentiasa disisiku, baik untuk agamaku dan untuk penyudah kehidupanku.

Walaupun aku tahu mungkin pada batang tubuh badannya itu ada kekurangan, aku juga mempunyai kekurangan. Semoga dia apabila aku melihatnya menjadikan dirinya penyejuk di mata dan penenang di hati ini.

Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah SWT lebih dari isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersump4h, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.” (Riwayat Ibn Majah)

Harapan

Catatan ini mungkin ada yang berkata, “Seakan tuan menceritakan nasibnya sendiri.”

Tetapi semoga ia menjadi catatan bagi diriku dan kelak andai aku telah melupai detik-detik ini. Aku akan membacanya kembali dalam keadaan tersenyum, mungkin juga dalam ketawa kecik dan lalu aku berkata, “Oh, begini rupanya kehidupan aku dahulu.”

Setiap manusia ada skrip hidupnya tersendiri. Yang membentuk warna skrip tersebut adalah diri kita sendiri.

Dan kelak sejarah akan menyaksikan warna yang kita corakkan itu dan ia merupakan satu perkara yang kita perlu fikirkan.

Terpulang pada kita yang mencoraknya sama ada hanya satu warna yang malap atau warna-warni perjuangan.

Kehidupan ini adalah seni. Begitu juga dengan kematian sebagaimana yang disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Dalam kembara ini hanya satu yang aku harapkan iaitu semoga Allah SWT redha atas diriku ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Untuk Apa Aku Meneruskan Kembara Ini?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*