Ujian Itu Anugerah

Setiap insan telah direkodkan uj1an untuk menilai prestasi kehidupannya.

Bukan sekadar dengan menggunakan pensel atau pen dan kertas yang dinilai berapa markah di sekolah yang membezakan kita berada di kelas hadapan atau di belakang.

Tetapi ujian yang sebenar adalah di mana kita meletakkan Allah sebelum, semasa dan selepas diuj1.

Ada orang masih tak tahu yang ujian hebat untuk orang yang hebat atau yang sangat menjaga hubungannya dengan Allah.

Cuba fahami ayat dalam Surah al-Taghabun: ayat 11,

‎مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ
إِلا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ
شَيْءٍ عَلِيمٌ

Tidak ada kesus4han (atau bal4 benc4na) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar), dan (ingatlah), Allah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Tips menghadapi ujian dalam kehidupan;

1. Yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.

2. Semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita.

3. Ujian itu akan menghapuskan d0sa-d0sa yang pernah kita kerjakan.

4. Selalulah untuk berfikir positif.

5. Setelah kesulitan, maka akan ada kemudahan.

6. Selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian hidup yang Allah berikan.

7. Hadapi ujian hidup dengan usaha dan doa.

Manusia memang diciptakan untuk diuji. Cinta Allah buat hambaNya langsung tak pernah lari cuma kita yang sering menjauhkan diri dari meraih cinta Ilahi.

Berlapang dada lah. Ada hikmah dan ganjarannya buat mereka yang sering diduga kehidupannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ujian Itu Anugerah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*