Tok Ram Pun Tak Lepas Peluang Cuba Aplikasi ‘Ubah Wajah Jadi Tua’, Ini Reaksi ‘Gurau Kasar’ Jihan Muse!

Maestro muzik, Datuk Ramli MS turut tidak melepaskan peluang mencuba aplikasi ‘ubah wajah’ terkini yang trending di kalangan pengguna media sosial Malaysia iaitu Face Apps dengan tanda palang #AgeChallenge.

Lalu hasil wajah yang bertukar menjadi lebih berusia itu dikongsikan suami kepada penyanyi, Alyah ini menerusi Instagram.

“Sila la kuutuk jemaah..sila sila sila..hahahaha…,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sila la kutuk jemaah..sila sila sila..hahahaha..

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on

Lalu seperti biasa, rakan artis, Jihan Muse menjadi antara selebriti yang ‘tidak lepas’ peluang untuk bergurau senda dengan pengarah muzik berkenaan.

“Nak kutuk ke tua kutuk tuk?,” tanya Jihan lalu ia dibalas oleh Datuk Ramli yang mesra disapa Tok Ram.

“Ko dengan Afiq manager ko memang penyapu kan? Tak jemput pun ko kan kutuk, kalau jemput macam bomba laju je,” respons Tok Ram pula.

Lalu, entri tersebut turut membuatkan para peminat serta rakan artis lain terhibur. Malah ada yang meninggalkan komen, membayangkan aplikasi berkenaan seperti tiada bezanya dari wajah sebenar Tok Ram.

Terdahulu, bintang yang sinonim menerusi program Gegar Vaganza ini saling berbalas sindlran apabila kedua-duanya dijemput sebagai pembaca berita undangan menerusi segmen Komuniti Awani tidak lama dulu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Instagram Ramli MS

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tok Ram Pun Tak Lepas Peluang Cuba Aplikasi ‘Ubah Wajah Jadi Tua’, Ini Reaksi ‘Gurau Kasar’ Jihan Muse!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*