Tanggungjawab Manusia Di Bumi Allah

أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى

“Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditingg4lkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?” (Surah Al-Qiyamah, Ayat 36)

Setiap insan perlu tahu tanggungjawab atau peranannya dicipta di muka bumi Allah ini. Kita kena tahu bahawa Allah tidak mencipta makhluknya dengan si4-si4 tetapi Allah mencipta setiap makhluknya ada tanggungjawab masing-masing.

Ramai dalam kalangan manusia pada zaman ini yang alp4 dengan tanggungjawab yang Allah telah berikan kepada mereka. Mereka hanya ingat di dunia ini hanya untuk berf0ya-f0ya tanpa melakukan syariat yang Allah telah tetapkan.

Di dalam surah yang saya sebut di atas untuk menerangkan sifat manusia yang mereka rasa ciptaan mereka di bumi ini tanpa memiliki tanggungjawab atau syariat Allah.

Mereka sangkakan bahawa mereka terlepas dari melakukan syariat Allah dan balasan Allah tetapi ingatlah bahawasanya manusia yang Allah ciptakan di muka bumi ini adanya tanggungjawab tertentu yang Allah gariskan di dalam Al-Quran.

Oleh itu, antara tanggungjawab yang Allah gariskan didalam Al-Quran bagi manusia salah satu ialah untuk beribadah kepadanya.

Firman Allah SWT

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan j1n dan manusia melainkan untuk mereka menyemb4h dan beribadat kepada-Nya.” (Surah Adh-Dhariyat, Ayat 56)

Jelas bahawa Allah ciptakan makhluknya untuk beribadah kepadanya. Beribadah ini membawa maksud mengh4mbakan diri kepada Allah. Pelbagai bentuk dalam beribadah kepada Allah antaranya, solat, berpuasa, membayar zakat, bersedekah, menunaikan haji dan umrah dan sebagainya.

Dengan wujudnya tanggungjawab beribadah kepada Allah ini akan manusia akan lebih memahami tujuan hidup dan makna iman dan taqwa.

Apabila seseorang individu atau hamba itu beribadah kepada Allah akan timbul iman di dalam diri individu tersebut akan membuatkan individu itu mulia disisi Allah kerana Allah telah berfirman di dalam Al-Quran

يا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Hujurat, ayat 13)

Peranan kita yang seterusnya sebagai hamba Allah yang telah digariskan oleh Allah didalam Al-Quran adalah melaksanakan “Amar Makruf Nahi Munk4r”.

“Amar Makruf Nahi Munk4r” satu ayat di dalam bahasa arab maksudnya ialah melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungk4ran atau melaksanakan setiap perintah Allah dan meninggalkan segala lar4nganNya.

Firman Allah SWT

كنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan mel4rang daripada segala perkara yang salah (bu ruk dan kej1), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang f4sik.” (Surah Al-E-Imran, Ayat 110)

Maka, Amar Makruf Nahi Munk4r bukanlah satu tanggungjawab kepada individu atau badan-badan tertentu sahaja, malah Amar Makruf Nahi Munkar adalah satu tanggungjawab yang Allah letakkan kepada setiap manusia yang diciptakan olehnya dimuka bumi ini.

Sirah nabi SAW berkenaan Amar Makruf Nahi Munkar, Nabi Muhammad SAW sendiri melaksanakan Amar Makruf Nahi Munk4r.

Memang hakikatnya apabila melaksanakan Amar Makruf Nahi Munk4r adalah salah satu tanggungjawab yang besar atau berat kerana ia akan menyebabkan orang disekeliling kita akan menc4ci dengan apa yang kita lakukan.

Tetapi, ingatlah bahawasanya Nabi Muhammad SAW dibenci kerana beliau melaksanakan Nahi Munk4r iaitu mencegah kemungk4ran di bumi tetapi disebabkan itu perintah dan tanggungjawab Allah yang diberikan kepada kita maka wajib untuk kita lakukan peranan yang telah ditetapkan.

Peranan yang seterusnya ialah menjadikan manusia ini sebagai khalifah dimuka bumi.
Firman Allah SWT

وإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat benc4na dan menumpahkan d4rah (berbu nuh-bu nuuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah, Ayah 30)

Jelas di dalam Al-Quran Allah menciptakan manusia untuk menjadikan manusia itu khalifah yakni ketua dimuka bumi ini.

Maka untuk menjadikan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi perlulah berlandaskan nas-nas yang telah termaktub di dalam ayat-ayat Allah dan hadith rasulullah SAW.

Maka inilah antara tanggungjawab dan peranan manusia yang Allah ciptakan di muka bumi ini. Jadi ingatlah jadilah manusia yang beriman kepada Allah, beriman kepada ayat-ayat Allah dan berpeganglah dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah supaya tidak sesat di zaman yang penuh dengan fitnah pemikiran.

“Orang Islam ini didik diri soleh dan ubah orang lain untuk menjadi soleh, Bukan didik diri soleh tetapi biarkan orang lain j4hil.”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tanggungjawab Manusia Di Bumi Allah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*