Siapa Di Hatimu?

Detik berganti detik, waktu bersilih ganti. Kerap kali dia muncul dalam ingatan. “Argh, susahnya untuk aku lupakan dia!”

Dia yang kau anggap permata, rupanya cuma kaca yang bila jatuhnya,h4ncur berkecai tanpa boleh dicantumkan semula.

Entah kenapa dia sering berada dalam bayangan. Mulut sahaja kata move on, tapi hati?

Berkali-kali tertipu dengan janji manis manusia, tapi tetap tidak serik lagi.

Jauh di sudut hati, kau masih mengharapkan dia kembali. Sedangkan kau tahu, tiada satu pun kekal abadi, semuanya milik Ilahi.

Diri ini juga tunggu masa untuk dipanggil “kembali”.

Di mana Allah di dalam hidupmu? Di hati atau sekadar menyebut di bibir sunyi? Kau harus bersangka baik dengan setiap takdirnya walaupun hatimu ada saatnya berasa kecewa.

Tak, Allah tak pernah kej4m. Dia beri dan terus beri. Cuma kita yang tak pernah sedari dan bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita dapat, apa yang kita ada. Firman Allah S.W.T ;

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambah nikmat kepadamu…” (Surah Ibrahim : 7)

Sudah terang lagi bersuluh, jika kita mensyukuri apa yang kita ada, pasti Allah akan menambah lagi nikmat kepada kita.

Ujian dan musib4h itu juga satu nikmat. Nikmat untuk kita lebih dekat dengan Dia.

Kita perlu menelusuri hikmah pada setiap yang berlaku. Pastinya ada sebab mengapa Allah uji kita sebegitu.

Ujian itu yang mengajar kita erti kekuatan, menjadi penyuntik semangat dalam hidup, untuk kita kembali pada Yang Satu.

Kenapa kau nak fikir lagi tentang si dia? Cuba redha dan ikhlaskan hati untuk terima takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Pastinya Allah tidak mengambil sesuatu daripada kita melainkan menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

Letakkan Allah nombor satu di hati, pasti segalanya akan dipermudahkan nanti.

“Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (Surah Ar-Rad : 28)

Kembalilah kepada fitrah, dekatkan diri dengan pencipta kita. InshaAllah, hidup kita pasti akan lebih tenang dan bahagia.

Tanya hati, siapa di hatimu sekarang ini?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Siapa Di Hatimu?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*