Saya Bukan Doktor Cinta

Kerna cinta pasti lafaz kita dimulakan dengan kalimah yang berb1sa,
Kerna cinta juga akidah kita terpelihara mahupun goyah sahaja,

Dan kerna cinta juga hanya Allah di jiwa atau tiada,
Usah menghilangkan rasa Cinta tapi hilangkan yang 4lpa.

Jujurnya saya bukanlah seorang yang mahir dalam bercinta dan saya juga bukanlah doktor cinta.Saya hanya seorang hamba yang mahu merasai cinta yang sebenarnya.

Cinta yang tiada titik tolak dan tidak perlu mengharapkan balasan.

Saya suka akan statement Hilal Asyraf berkenaan dengan cinta iaitu :
“Cinta itu biarlah sampai ke syurga”.

Andai cinta itu ke ner4k4 itu bukanlah dinamakan Cinta .

Tapi bagi saya cinta itu adalah “Cinta yang mendapat redha Allah”.

Tanpa redha pasti cinta itu tidak akan jadi dan sudah pasti tidak membawa ke syurga. Dan semestinya cinta tanpa redha dariNya itu terus forward ke ner4k4.

“Nauzubillah.”

Mungkin ada segelintir manusia m4lu untuk bercinta. Mungkin juga ada yang mengatakan cinta itu g4tal mahupun persis mi4ng lal4ng.

Statement apakah ini?

Saya bertambah hairan.Mengapa semua ini boleh berlaku?

Adakah mereka sudah lupa cinta itu memang mawjud dari zaman Nabi Adam dan Hawa?

Tidak salah untuk bercinta asalkan semuanya atas redha Ilahi. Yang dilarang tinggalkan, yang diperintah lakukan. Inilah cinta yang pasti diredhai oleh Allah S.W.T.

“Yakinlah!”

“Cinta itu akan mekar apabila Allah itu adalah matlamatnya.”

“Ya, saya setuju. Allah is number 1.”

“Ia tidak akan mekar tanpa redhaNya,jika tidak pasti ia akan l4yu-l4yuan.”

Apabila ini berlaku, hidup ini tiadalah guna kerna berada di awangan yang fantasi.

Cinta yang hakiki adalah cinta yang dapat merasai manisnya iman dan bukannya cinta yang mel4laikan.

Terlalai,tern0da dan terg0da itu bukan cinta. Tapi itu adalah dust4 dari En bertanduk dua. Jika anda berkenan silakan untuk berkawan rapat dengannya!

Sudah pasti anda akan berjiran dengannya di ner4k4 kelak melainkan taubat anda diterima.

Sepatutnya kita sebagai hamba m4lu andai hati ini telah menduakan kekasih yang sepatutnya menjadi No 1.

Saya kagum dengan cinta si Rabiatul Adawiyah. Cinta yang sentiasa menahan rindu. Subhanallah, kekuatan apakah yang hidup di dalam jiwanya?

“Aku risau rasa cinta aku akan hilang andai aku memilih syurga sebagai balasan,” bicara Rabiah.

“Biarlah cinta aku hanya matlamat ketemu dengan sang Ilahi, itu sudah cukup buatku. Dan kerna itulah aku sentiasa merasakan bahawa adakah cinta yang daku beri selama ini adalah cukup untuk si Cintaku,” bicara serikandi Islam ini lagi.

Allahuakhbar, sungguh luar biasa cintanya pada tuhan. Syurga tidak dipandang apatah lagi harta di dunia.

Pernah suatu ketika si Rabiatul Adawiyah keluar dari teratak al-baitnya sambil kedua-dua tangannya memegang 4pi dan air.

Lantas, salah seorang penduduk di situ bertanya padanya ”Wahai Rabiah, apakah yang engkau mahu lakukan dengan kedua-dua benda tersebut?”

Dengan tegasnya dia menjawab, “Andai syurga ada di depanku aku akan membakarnya dan andai ner4k4 juga di depanku aku akan memadamnya.”

Terkejut kesemua penduduk disitu. Sehinggalah salah seorang penduduk bertanya.

“Wahai Rabiah, tidak t4kutkah kamu kepada Allah?”

Rabiah menjawab, “Sepatutnya kalian yang m4lu dan t4kut pada Allah, kerna manusia sentiasa mengharap balasan syurga dan mengatakan ner4k4 itu untuk yang durj4n4. Sepatutnya kita semua bercita-cita mendapat redhaNya bukan syurga di bicara. Tanpa redha pasti syurga tidak dapat dirasai oleh semua umat manusia. Kerna redhaNyalah Dia menjadikan syurga sebagai nikmat pada hambanya yang mukmin.”

M4lulah wahai insani,
Dunia ini untuk di akhiri,
Bukan m4ksi4t dimulai,
Sepatutnya d0sa digeruni.

Bukanlah berseronok-seronok untuk merasai.

Ini bukan cinta sebenar. Doktor cinta kita sebenar hanyalah Allah S.W.T. Selagi Dia belum izin, maka itu tandanya Dia tidak redha dengan rasa itu.

Cukupkan dan sebatikan cinta yang Utama dari yang lain. Andai Rasullulah hidup di zaman ini pasti baginda men4ngis melihat umatnya.

Mengapa?

Tanya dan selami apa yang berlaku sekarang ini….

Waallahua’lam.

“Katakanlah: Jika memang kamu cinta kepada Allah, maka turutkanlah aku, niscaya cinta pula Allah kepada kamu dan akan diampuniNya d0sa-d0sa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi penyayang.” (Surah Al-Imran :31)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Saya Bukan Doktor Cinta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*