Pihak Perhilitan Jelaskan Kisah Tular Video Harimau Sesat Dalam Kampung…

Sejak semalam kec0h di media sosial dengan beberapa video yang dikongsikan beberapa individu harimau berjalan di jalan raya dalam sebuah kampung di Terengganu.

Dalam rakaman itu, dua ekor harimau belang yang berkeliaran di Kampung Besol Lama, Bukit Besi, Dungun, Terengganu itu kelihatan tidak menghiraukan manusia yang berada di sekelilingnya.

Disebabkan itu menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu mereka tidak menolak kemungkinan dua ekor harimau belang itu adalah harimau belaan.

Salah seekor harimau yang berkeliaran sempat dirakam.

Ini kerana jika dilihat dalam rakaman tersebut dua ekor harimau itu tidak terlalu agresif.

Pengarahnya, Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata mereka memberikan dua pandangan mengenai hal ini. Satu berkemungkinan harimau ini dibela, jadi ia mungkin dilepaskan oleh individu tertentu yang masih belum dikenalpasti.

Yang kedua mungkin harimau ini mungkin dijangklti peny@kit yang menyebabkan ia lemah dan tidak bertenaga.

Malah mereka jika tidak menolak kemungkinan aktiviti perlombongan dan pembalakan menyebabkan haiwan ini keluar dari habitat asal mereka.

Harimau yang dikatakan sedang kelaparan.

Jadi demi keselamatan penduduk, mereka dinasihati untuk menghentikan sementara aktiviti di hutan dan kebun.

Bagaimanapun, pihak perhilitan sendiri sudah meletakkan beberapa perangkap di lokasi yang sesuai bagi menangkap dua harimau ini.

Berikut adalah video yang tular sejak semalam:

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Astro Awani via HCL


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pihak Perhilitan Jelaskan Kisah Tular Video Harimau Sesat Dalam Kampung…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*