Pesanan Buat Orang Yang Berilmu

Bismillahirrahmanirrahim…

Dalam mendapatkan kejayaan di dalam hidup, kita akan diuj1. Maka, bersabarlah dan berdoa.

Hiasilah malam dan siangmu dengan doa dan usaha. Hiasi diri dengan ungkapan dan percakapan yang baik kerana ia adalah bukti bahawa kita dikurniakan dan diberkati ilmu yang dimiliki.

Pernah satu ketika Imam As Syafie dicaci dan dimaki di hadapan pelajarnya. Lalu pelajarnya bertanya, “Mengapa kamu tidak membalas kejian mereka itu?”

“Aku tidak akan peduli apatah lagi membalas ucapannya dengan perkataan yang bu ruk seperti yang dilontarkan kepada aku. Dia akan bertambah j4hil dengan perbuatannya itu, dan aku akan bertambah mulia dengan perlakuanku ini.” Imam As Syafiee menjawab.

Bersabarlah ketika diri dikej1 dan dic4ci hasil kedangkalan orang lain. Seseorang yang dimuliakan oleh ilmunya pastinya akan memiliki sifat dan perilaku baik.

Ini adalah kerana ilmu ini sifatnya suci dan mendidik, ilmu akan mentarbiah seseorang menjadi lebih baik.

Jika ingin tahu ilmu yang dimiliki seseorang itu diberkati ataupun tidak, lihat sahaja akhlaknya.

Kebelakangan ini saya banyak melihat perbalahan di media sosial tentang apa-apa jua isu seperti kesihatan, kecantikan, agama dan kekeluargaan.

Perbincangan itu tidaklah salah namun yang kurang enak untuk menjadi tatapan adalah kata-kata yang ditulis dalam keadaan beremosi.

Ingatlah kita bahawa tiada sesiapa pun yang dapat memberikan ilmu kepada kita melainkan Allah yakni Tuhan.

Namun ada dalam kalangan kita mungkin tersilap dan terlanjur tanpa sedar berasa cukup dan hebat dengan ilmu yang dimiliki.

Sudah pasti ada insan lain yang mempunyai kebijaksanaan yang lebih hebat berbanding diri kita.

Janganlah 4ngkuh dan rasa diri sudah memadai dengan ilmu yang dipelajari.

Insan yang tidak 4ngkuh akan sentiasa merendahkan hati dan meminta serta memohon kepada Allah agar dikurniakan kepadanya ilmu yang berguna.

Tanda seseorang itu berilmu adalah dia memiliki keperibadian yang tinggi. Adab dan akhlaknya baik, dia berasa kerdil serta merasakan orang lain lebih berilmu daripadanya.

Seseorang yang dangkal dan angkuh akan berfikir diri dia sahaja yang benar. Dia juga akan merasakan bahawa mereka yang tidak sealiran dengannya adalah golongan yang telah ses4t dan batil.

Tepuk dada tanyalah hati sendiri dan merenungi sedalam-dalamnya.

Dalam dunia yang globalisasi ini sebaran fitnah dan cacian boleh tersebar dengan sekelip mata sahaja.

Amat memalukan sekiranya fitn4h dan c4cian itu datang daripada insan yang mengaku hebat dan tinggi ilmunya.

Sewajarnya orang yang tinggi ilmu menjadi acuan yang baik buat mereka yang lain.

Semoga kita semua dipelihara daripada penyakit dangkal dan angkuh yang kian berleluasa dalam lapangan ilmu ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pesanan Buat Orang Yang Berilmu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*