Bekas madu pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang masih mengaitkannya dengan kehidupan bekas suaminya, Ude Wahid.
Jelas Intan, setiap posting di Instagramnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak apatah untuk meraih simpati.
“Caption macam ni pun ada nampak kita raih simpati ke atau buat orang komen bukan-bukan untuk pihak sana?
“Kalau rasa meluat atau rasa saya jah4t tak payah tengok IG saya senang cerita.
“Tak bermakna buat status ada kena mengena dengan orang sana.
“Please-lah saya pun ada kehidupan sendiri, bukan aku hidup dengan dia je,” getus Intan menerusi ruangan Instastories hari ini.
Terdahulu dalam sebuah entri di Instagram, Intan berjanji untuk melakukan yang terbaik buat anak-anaknya yang masih kecil.
Meninjau ruangan komen pada entri terbabit, netizen rata-rata memberikan kata-kata semangat buat Intan dan mahukan pengadilan sewajarnya bagi pihaknya.
Malah, ada antara pengguna media sosial yang memetik nama bekas suaminya, Ude dan Izreen yang baru menimang cahaya mata baru-baru ini.
Penghujung tahun lalu, dunia hiburan gempar apabila Izreen membuat pengakuan terbuka menjadi isteri kedua kepada Ude, sejak 8 Ogos 2017.
Intan dan Ude bercer4i tal4k satu di Mahk4mah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac tahun lalu. Mereka bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "Percayalah, Takkan kekal Lama Bahagia Atas Tangisan Wanita Lain.."