Pasangan Berusia 60-an Ini Memandu Dari Shah Alam Ke Makkah Untuk Tunai Haji

Nama pasangan suami isteri dari Shah Alam, Selangor, Adnan Abdullah, 66, dan Hadibah Idris, 64, menjadi bualan warganet semenjak semalam.

Semuanya gara-gara misi mereka untuk menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah dengan memandu kenderaan sendiri dari Malaysia.

Menerusi laporan NST, mereka yang mempunyai lima orang anak menggunakan sebuah kenderaan Ford Ranger 2.5 WLT yang telah melalui proses ubah suai.

Memandu secara purata sejauh 500 kilometer sehari, pasangan ini telah melalui negara Thailand, Myanmar, India, Nepal dan Pakistan telah memulakan perjalanan pada 2 Mei lalu dan dijangka tiba di Tanah Suci Makkah pada Ogos depan.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman Twitter, warganet memuji usaha gigih pasangan ini dan berdoa agar perjalanan mereka dipermudahkan.

Anda boleh lihat respon warganet di bawah:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pasangan Berusia 60-an Ini Memandu Dari Shah Alam Ke Makkah Untuk Tunai Haji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*