Melatih Hati Agar Tenang

Wahai Saudaraku,

Ketika hatimu merasa sunyi, maka BERZIKIRLAH kerana ALLAH itu Maha Mendengar.

Manakala ketika hatimu merasa gembira, maka BERSYUKURLAH kerana ALLAH itu Maha Memberi.

Wahai Saudaraku,

Ketika hatimu di dalam keadaan sedang m4rah, maka BERISTIGHFARLAH kerana ALLAH itu sangat Maha Pemaaf.

Dan ketika mana hatimu merasa sangat se dih, maka BERSUJUDLAH kepada ALLAH. Kerana ALLAH itu Maha Pengasih.

Wahai Saudaraku,

Ketahuilah terkadang ALLAH memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu kerana ALLAH Maha Tahu apa yang terbaik buat kita.

Sesungguhnya, ALLAH itu Maha Adil juga Maha Penyayang. Segala yang berlaku akan ada hikmahnya yang baik buat kita.

Wahai Saudaraku,

Latihlah hatimu untuk BERPRASANGKA BAIK terhadap ALLAH.

Bahkan latihlah hatimu untuk sentiasa BERGANTUNG KEPADA ALLAH bukan kepada manusia.

Wahai Saudaraku,

Latih hatimu untuk BERSYUKUR sentiasa, kerana Insha ALLAH kita akan merasakan bahagia.

Dan latihlah hatimu untuk sentiasa menjadi orang yang sering MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN, Insha ALLAH keresahan di hatimu itu akan sirna.

Semoga kita semua dapat mengamalkannya. Insha ALLAH dan semoga hidup kita akan sentiasa di dalam ketenangan.

Bahkan yang lebih utama adalah semoga kita sentiasa di dalam payungan rahmat dan redha ALLAH. Insha ALLAH.

Wahai Saudaraku,

Maka aku berpesan akan perihal ini untuk diriku terlebih dahulunya dan buat pedoman kalian semua yang membacanya.

Semoga ia membawa manfaat keatasku dalam memperbaiki diri dan juga buat kalian semua. Insha ALLAH.

ﻭَٱللّٰهُ أَﻋْﻠَﻢُ بِٱﻟﺼَّﻮَٱﺏِ

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Iluvislam

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Melatih Hati Agar Tenang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*