Gadis Yang Pernah Viral Dalam Foto ‘Wedding’ Orang Lain, Bertemu Jodoh Dengan Dulang Boy!

Siapa sangka, tidak sampai setahun gambar itu tular, dulang boy dan gadis itu kini telah pun menjadi suami isteri.

Berbicara soal jodoh, ianya memang tidak dijangka

Jodoh itu Allah SWT berikan bertepatan dengan keadaan dan masa yang bersesuaian dengan kita.


Image via Sirap Limau

Yakinlah bahawa Allah SWT sudah tetapkan jodoh kita semasa kita dilahirkan. Jodoh, rezeki, ajal, dan maut telah ditetapkan Allah SWT sejak roh kita dicipta. Bagi berhadapan dengan orang yang asyik bertanya tentang jodoh, jawablah begini, “Doakan saya, insya-Allah akan mendapat jodoh yang baik.”

Boleh jadi jodoh anda sebenarnya sudah pun berada di depan mata. Cuma belum tiba masanya untuk anda bersama. Tunggu lagi setahun dua, nanti berkahwinlah kalian, seperti yang terjadi kepada kedua mempelai ini.

Buat mereka yang sudah lupa, pada tahun 2018 yang lalu, satu gambar yang dikongsikan jurugambar perkahwinan telah viral di laman sosial Twitter

Pada waktu itu, jurugambar yang bernama Afiq Musa itu telah berkongsikan sekeping gambar memaparkan seorang dulang boy sedang mengangkat sebuah beg tangan dan di belakangnya dapat dilihat seorang gadis.

Image via Twitter @afiqmusa__

Gambar tersebut menjadi viral pada ketika itu ekoran caption ‘nakal’ yang kononnya memuji beg tangan berona merah itu, walhal yang menjadi tumpuan sebenarnya adalah kemanisan dan kecantikan wajah gadis itu yang telah memukau mata orang ramai.



Image via Twitter @afiqmusa__

Siapa sangka, tidak sampai setahun, dulang boy dan gadis itu kini telah pun berkahwin.

Cute-nya, alahai!

Perkara ini telah diakui sendiri oleh gadis yang bernama Alia Syazwani itu melalui satu tweet yang kini sah menjadi isteri kepada Haziq Azlan aka dulang boy.



Image via imgur.com



Image via Twitter @aliasyazwani_


Image via Twitter @aliasyazwani_

Mengetahui perkara ini, ramai warga Internet yang terkejut, teruja dan mengucapkan tahniah di atas perkahwinan tersebut.



Image via Twitter @aliasyazwani_



Image via Twitter @aliasyazwani_



Image via Twitter @aliasyazwani_



Image via Twitter @aliasyazwani_

Sedikit cerita di sebalik pasangan mempelai


Image via Twitter @aliasyazwani_

Siapa sangka jodoh sebenarnya ada dalam gambar majlis perkahwinan orang lain?



Image via Twitter @AdDien90

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: says

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Gadis Yang Pernah Viral Dalam Foto ‘Wedding’ Orang Lain, Bertemu Jodoh Dengan Dulang Boy!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*