Cikgu Lelaki Make-up Tiru Gaya Lisa Blackpink Untuk Tarik Minat Belajar Subjek Bahasa Inggeris!

Akibat kurangnya keyakinan anak didik untuk berbahasa Inggeris di dalam kelas, seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Thailand mempunyai cara tersendiri untuk menarik minat para pelajarnya.

Theeraphong Meesat, 29 tahun, seorang guru bahasa Inggeris di Sekolah Prasartratprachakit, Ratchaburi bertindak mengenakan solekan yang dianggap seperti Lisa dari kumpulan K-Pop popular, Blackpink.

Ia bermula selepas beliau menyertai perarakan Hari Sekolah pada Jun lalu dengan berpakaian berhias dan bersolek tebal. Theeraphong selepas itu terlewat ke kelas dan tidak sempat mengubah penampilannya.

“Mereka nampak terkejut. Ada pelajar yang kelihatan takut, tapi ia dapat menarik perhatian mereka dalam kelas. Mereka lebih berminat untuk belajar dan mengikuti apa yang berlaku di dalam kelas selepas itu,”katanya.

Theeraphong yang turut dikenali sebagai “Bally” kini semakin digemari oleh anak didiknya. Mereka juga memberitahu yang guru itu membuatkan pelajarnya lebih yakin di dalam kelas.

“Bally akan bertanyakan soalan di dalam kelas dan menggalakkan pelajar untuk menjadi lebih yakin. Ia memang menyeronokkan,”kata salah seorang pelajarnya.

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Twitter SCMP via siakapkeli

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Cikgu Lelaki Make-up Tiru Gaya Lisa Blackpink Untuk Tarik Minat Belajar Subjek Bahasa Inggeris!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*