“Betullah Khabar Angin Tu, Saya Sudah Berpisah Dengan Isteri,” – Zahid Baharudin

Bekas juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid Baharudin yang kini meneruskan kerjaya seni bersama kumpulan Overall Band, mengesahkan dirinya sudah pun berpisah dengan isteri, Sarah Julifa Yusof.

Zahid mendirikan rumah tangga dengan wanita berkenaan sekitar tahun 2013 lalu.

Menjelaskan mengenai hal rumah tangganya menerusi program Melodi awal petang tadi, bintang berkenaan mengakui dia dan isteri sudah tiada persefahaman, tetapi bukan disebabkan oleh orang ketiga.

“Ia sangat personal kerana melibatkan rumah tangga saya. Biarlah saya dan bekas isteri yang menyelesaikannya. Betullah khabar angin tu, saya sudah berpisah dengan isteri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank u @apom.my for this cool t-shirt! #apommy #lokalahmalaysia #langkawi

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin) on

“Lagu terbaru, Redha liriknya ada kisah mengenai rumah tangga kami jugalah. Akan tetapi kami berpisah secara baik,” katanya memetik Melodi.

Malah, penyanyi ini turut mengakui mereka sepakat untuk membawa haluan masing-masing selepas berbincang hampir setahun.

“Kami sudah berbincang mengenai hal ini kira-kita setahun, untuk berpisah. Agak kel4m-k4but jugalah. Hari Khamis kami selesai perpisahan itu, hari Ahad hari jadinya. Tapi saya tetap berikan ucapan hari jadi kepada isteri,” katanya.

Zahid turut meminta maaf atas apa yang berlaku.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

La familia. ❤️🖤💙🧡 #lostworldoftambun #ipoh #perak #holiday

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin) on

“Saya rasa bersalah juga apabila terjadi benda ini, berdekatan pula dengan tarikh hari jadi dia. Jadi saya minta maaf banyak-banyak terutama kepada famili bekas isteri.

“Harapnya hubungan kami sekeluarga tak akan putus sampai bila-bila,” pinta Zahid.

Ditanya mengenai punca perpisahan terhadap bahteria perkahwinannya, Zahid menafikan ia berpunca dari orang ketiga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tudung kelepet and tuala don’t care! #tb #portdickson

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin) on

“Tidak ada orang ketiga atau pergaduhan. Cuma saya dan dia, sudah tidak ada persefahaman sebagai suami isteri. Hubungan yang ada untuk anak. Kami tetap berbaik,” jelas Zahid.

Hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Zareef Nufael yang kini berusia 5 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Muka bila smp mana2 kedai yg memberikan imbuhan kepada dirinya. #zareefnufael #myson

A post shared by zahidbaharudin (@zahidbaharudin) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto: Instagram Zahid

 Sumber : Media Hiburan

 

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Betullah Khabar Angin Tu, Saya Sudah Berpisah Dengan Isteri,” – Zahid Baharudin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*