“Belum Periksa, Jadi Saya Tak Tahu Siapa Ada Masalah,” – Izzue Islam

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui tahun ini dia akan meluangkan masa bersama isteri, Awin Nurin untuk bertemu pakar saklt puan sebagai salah satu usaha mereka untuk memiliki cahaya mata.

Katanya sebelum ini dia mengambil masa yang agak lama untuk melakukan inisiatif sedemikian kerana kekangan masa.

“Belum periksa jadi saya tidak tahu siapa yang ada masalah, kalaulah ada. Jadi sebab itulah tahun ini kami cuba. Bukan takut dengan keputusan tetapi komitmen masa. Malah ada juga kenalan yang bagi cadangan klinik sakit puan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Minta maaf Isteriku, rasanya masih banyak kekurangan i sepanjang jadi suami u. Belum lagi dapat bagi u baby idaman setiap pasangan bergelar suami & isteri. Bercuti nak rileks2 berdua rehatkan diri rasanya sekali pon tak pernah sepanjang kita kahwin. Kekadang selalu jugak terlepas cakap sampai buat u tersinggung. Tak cukup tu, i pernah jugak buat u terasa sampai u menangis. 🙏 Isteriku, Terima Kasih sebab menjadi seorang isteri yang menerima kelemahan i. Tak pernah pon mengeluh walau tak cukup rest or tidur. Tak pernah bosan jadi driver i walaupon i kat sebelah dah berdengkur! Time i susah u ada malah u yg senangkan & tenangkan i dalam segala hal! Sentiasa positif walau beribu manusia kiri kanan kita duk mengutuk. U are the best Isteriku! Selamat Hari Lahir ♥️ @awinnurin 21.06 #JuneBaby . Photo by @shaaramlie Baju by @neonate.company Seluar by @forever21

A post shared by Izzue Islam (@izzueislam) on

“Kiranya usaha kami untuk dapatkan anak sendiri setelah lebih tiga tahun mendirkan rumah tangga. Malah kawan-kawan pun ada tanya dan kebanyakan pun ada juga tanya sudah periksa belum. Jadi tahun ini kena periksa jugalah,” katanya lagi.

Pada masa sama, Izzue tidak menafikan tahun ini dia sangat berhajat dan berharap untuk mendapat berita gembira, mendapatkan cahaya mata sendiri.

“Kalau nak diikutkan sudah lama, cuma tahun ini saya berharap sangatlah. Kalau sebelum ini asyik sibuk, jadi hujung tahun ni insyaAllah saya ada curi masa untuk kami pergi periksa bagi mengenal pasti apa sebabnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

nasib baik dapat sedondon jugak di hari raya ni. maaf zahir batin dari kami anak beranak 🙏

A post shared by Izzue Islam (@izzueislam) on

“Saya taklah tertekan sebab saya jujurnya seronok sebab sekurang-kurangnya sebelum ini kami dapat jaga anak-anak keluarga yang lain. Ia lebih kepada rasa teruja dan kami minta doa semua orang untuk kami miliki anak sendiri,” pintanya lagi.

“Saya masih lagi promosikan single terbaru, Kau dan pada masa sama saya baru baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk sitkom Kafe Pop Yeh Yeh siaran TV3. InsyaAllah ia bakal ditayangkan Ogos depan.

“Antara pelakon lain yang terlibat ialah Datuk AC Mizal, Oktovia Manrose dan ramai lagi,” akhiri Izzue.

Izzue dan Awin telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.

Terdahulu, Izzue ditemui pada majlis sidang media program realiti Muzikal Lawak Superstar di Kuala Lumpur, pada Isnin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#MHLive kini berada di Hard Rock Cafe,KL bagi memperkenalkan 14 peserta #MuzikalLawakSuperstar yang akan bersiaran langsung pada Jumaat ini di Astro Warna

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Izzue juga dikatakan netizen sangat bertuah kerana memiliki isteri yang pandai berdikari seperti Awin malah jarang-jarang isteri selebriti yang boleh lakukan seperti isterinya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pemandu lori untuk disewa 😂 sesuai tak pakai tajuk ni untuk drama? Ke ada tajuk lain? 😜 @awinnurin

A post shared by Izzue Islam (@izzueislam) on

Fuyooo..cayalah

perghhhhhhhh serious laaa

 

hebatnyer..pandai bawak lori 😂👏👍

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Instagram Izzue Islam via MH

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Belum Periksa, Jadi Saya Tak Tahu Siapa Ada Masalah,” – Izzue Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*