Aksi Bintang Dunia Bersama TMJ Di Atas Padang Pukau Penonton Di Larkin

JOHOR BAHRU – Biarpun sudah lama menggantung but, namun skil yang masih dimiliki bekas bintang-bintang dunia seperti Rivaldo, Marco Materazzi, Gianluca Zambrotta, David Trezeguet, Edgar Davids, Louis Saha dan Bebeto nyata memukau peminat bola sepak di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Aksi JDT All-Stars Friendly itu bertujuan mengumpul dana bagi pertubuhan-pertubuhan kebajikan.

Claude Makelele, 46, yang pernah bermain untuk kelab gergasi Real Madrid antara tahun 2000 dan 2003 sebelum menyertai pasukan Chelsea sehingga 2008 berkata dia dan rakan baru sahaja tiba di bandar raya ini, pagi tadi, namun sudah nampak saingan sengit akan berlaku.

“Senarai nama pemain sahaja sudah menakjubkan dan saya gembira mengetahui ada dalam kalangan mereka masih aktif dalam industri ini.

Jadi, saya tidak terkejut jika permainan malam ini bertukar menjadi sukar kerana setiap orang tidak sabar mempamerkan kemahiran masing-masing,” katanya dalam sesi pertemuan bersama media di sini, hari ini.

Sementara itu, bekas pemain Newcastle United dan Fulham, Louis Saha, 41, berkata, sudah lama tidak beraksi di padang, bukan alasan untuk dirinya gagal menyerlahkan corak permainan yang terbaik malam ini.

Malah menurutnya, kebanyakan pemain yang disenaraikan untuk perlawanan itu pernah ditemuinya dahulu sewaktu kariernya sedang memuncak.

“Sebagaimana yang anda ketahui, kami adalah sebahagian daripada keluarga bola sepak dan kami tidak boleh lari daripada kenyataan itu. Jadi, bagus untuk berjumpa mereka lagi dan saya tidak sabar lagi untuk memberikan persembahan terbaik saya,” katanya.

Perlawanan menemukan pasukan JDT TMJ dan JDT Rest of the World di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu menyasarkan untuk mengumpul lebih daripada RM500,000 untuk disalurkan kepada beberapa pertubuhan kebajikan antaranya Yayasan K4nser Tunku Laksamana Johor dan Persatuan K4anser Kebangsaan Malaysia (NCSM) .

Kutipan dikumpul menerusi hasil jualan tiket yang berharga antara RM20 dan RM50 serta tajaan daripada pelbagai pihak.

Turut berada dalam senarai pemain adalah bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin; penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow, selain bekas kapten Harimau Selatan, Safiq Rahim.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : BERNAMA via UTUSANONLINE

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Aksi Bintang Dunia Bersama TMJ Di Atas Padang Pukau Penonton Di Larkin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*