“Yeayy Baby Milo Dah Lahir…” – Wanita Mengidam Air Lori Milo Selamat Bersalin, Ramai Cadangkan Nama Bayi

Dua bulan lalu, tular di media sosial apabila seorang mertua sanggup mengejar lori minuman milo kerana menantunya mengidam selepas hamil cahaya mata pertama.

Video yang dimuat naik oleh Azmer Merzam itu tular apabila kelihatan aksi ibu bapanya mengejar lori milo demi isterinya, Natasha yang teringin setelah sekian lama.

Selepas berlaku insiden itu, pihak Milo Malaysia telah membuat kejutan dengan menghantar sebuah lori minuman kepada pasangan tersebut.

Terbaru, pada 26 Jun lalu pasangan suami isteri ini telah memuat naik posting di laman Twitter masing-masing memberitahu tentang kelahiran anak mereka.

Natasya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 23 Jun kira-kira pada jam 4.30 pagi.

Posting tersebut mengundang perhatian warganet dimana ramai teruja dengan kehadiran ‘baby milo’ itu dan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Omooo baby milo…

Yeaaa new athlete dah lahir…

Pls letak nama dia milo haha…

Maka melekat lah nama baby milo…

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Twitter @ImNatasya via OMM

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Yeayy Baby Milo Dah Lahir…” – Wanita Mengidam Air Lori Milo Selamat Bersalin, Ramai Cadangkan Nama Bayi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*