[VIDEO] “Dia Kalau I Tak Suap Dia Tak Makan..” – Sheila Rusly Suap Ayda Jebat

(VIDEO PENUH DIBAWAH)

Buat Kaki Temberang, Ayda Jebat Ada Sesuatu Untuk Anda!

Ayda Jebat bakal muncul dengan single terbaharunya selepas Hari Raya Aidilfitri.

PELAKON Ayda Jebat mendedahkan dia sedang bekerjasama dengan penyanyi dan komposer Hael Husaini dan Ezra Kong untuk single terbaharunya yang berjudul Temberang.

Ayda berkata, dia teruja dengan kerjasama tersebut yang memperlihatkan dia turut menyumbangkan lirik dan melodi Temberang.

“Insya-Allah saya akan tampil dengan single baru hasil kerjasama dengan Hael Husaini dan Ezra Kong selepas Aidilfitri.

“Saya masih mengekalkan konsep lagu rancak malah sebenarnya tak sabar hendak lancarkan lagu ini supaya dapat ditujukan kepada kaki ‘temberang’,” katanya.

Sebelum ini Ayda pernah tampil dengan lagu seperti Siapa Diriku, Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal, Mata dan Bagaikan Pelangi.

Dalam pada itu, Ayda berkata, dia akan berehat daripada dunia lakonan selama tiga bulan selepas sambutan hari raya bagi membolehkan dia memfokuskan kepada pelancaran Temberang.

“Kalau boleh nak lancarkan lagu itu sekarang tetapi sedari bulan Ramadan dan Syawal akan lebih banyak lagu raya diputarkan jadi kami tangguh dahulu.

“Insya-Allah selepas raya lagu ini akan dilancarkan dan saya akan berehat sekejap dari lakonan untuk pelancaran dan promosi lagu ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ayda berkata, sepanjang Ramadan dia akan berada di set penggambaran drama berjudul Cinta Bukan Kristal sebelum bercuti untuk hari raya.

VIDEO :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : 90Minit

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Dia Kalau I Tak Suap Dia Tak Makan..” – Sheila Rusly Suap Ayda Jebat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*