‘Sorang raya Penang, sorang lagi Kelate..’– Tak beraya bersama, netizen spekuI4si rumahtangga Fizo Mawar bergoIak

‘Sorang raya Penang, sorang Kelate..’– Tak beraya bersama, netizen spekuIasi rumahtangga Fizo Mawar bergoIak!

Sambutan Aidilfitri akan lebih meriah, jika dapat diraikan bersama keluarga yang tersayang terutama pasangan suami isteri.

Namun baru-baru ini, pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim telah mengundang spekul4si netizen, apabila memuat naik foto meraikan Aidilfitri secara berasingan.

Fizo Omar yang ada memuat naik video, dilihat telah beraya di Kelantan. Manakala, Mawar Karim dan anak perempuan mereka, Maryam beraya di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Mawar raya dengan anak di Penang

Eh, kenapa wish kat anak je…

Namun lebih mengukuhkan lagi spekulasi yang timbul, apabila Fizo Omar hanya memuat naik foto anaknya sahaja pada hari pertama raya, sebagai ucapan hari raya tanpa foto isterinya.

Mawar tak sebut nama Abang Joe pun?

Menerusi Instagram, Mawar Karim juga turut memaklumkan telah menyambut hari lahirnya, yang jatuh pada hari pertama Aidilfitri.

Namun tidak seperti kebiasaannya, Mawar tidak menyebut ‘Abang Joe’ dalam kapsyen, seperti foto sebelum ini.

Takde gambar Mummy, Daddy dengan Cik Yam?

Selepas memuat naik foto tersebut, ramai yang telah meninggalkan komen membuat spekulasi tentang hubungan mereka berdua.

Mereka juga bertanya status hubungan Mawar dan Fizo yang tidak beraya bersama, seolah membawa diri masing-masing.

Kenapa tak raya dengan isteri?

Walau bagaimanapun, hanya tuan badan sendiri yang boleh menafikan atau mengesahkan khabar angin tersebut. Apa pun, kita doakan yang terbaik bagi kedua pasangan ini.

Mawar Terpaksa Pulang Pada Saat Akhir Kerana Bapanya Jatuh Sakit – Fizo Omar

Tidak membenarkan spekulasi rumahtangganya berantakan bertiup lebih kencang, Fizo Omar telah tampil menjelaskan mengapa dia dan isteri menyambut Hari Raya Aidilfitri secara berasingan. Menurut perancangan, mereka sekeluarga sepatutnya menyambut Syawal di Kota Bharu, Kelantan namun ayah Mawar tiba-tiba jatuh sakit menyebabkan isteri dan anaknya terpaksa pulang ke Pulau Pinang pada saat-saat akhir.

fizo mawarSelama 6 tahun bergelar suami isteri, ini adalah kali pertama Fizo dan Mawar menyambut hari raya secara berasingan.

Terang Fizo Omar:-

Kaki bapa mentua tiba-tiba terseliuh menyebabkan Mawar bimbang. Saya pula kebetulan sudah pulang ke Kota Bharu lebih awal, jadi mahu atau tidak, kami terpaksa menyambut 1 Syawal berasingan. Hubungan kami tiada masalah, malah semuanya berjalan seperti biasa. Cuma, perancangan kami untuk menyambut hari raya bersama tidak menjadi kenyataan disebabkan kejadian yang tidak diduga.

Memang rindu, tetapi apa boleh buat kerana semuanya sudah tertulis. Tiada apa yang perlu dibangkitkan kerana selepas ini, kami tetap bertemu semula apabila masing-masing pulang ke ibu kota

fizo mawar

Semoga dengan penerangan ini netizen boleh menarik nafas lega. Biasalah kadang-kadang kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Semoga Aidilfitri tahun depan mereka akan dapat beraya bersama-sama kembali. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Celotehsaje

Kredit  : SL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "‘Sorang raya Penang, sorang lagi Kelate..’– Tak beraya bersama, netizen spekuI4si rumahtangga Fizo Mawar bergoIak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*