Selain Neelofa, 5 Artis Wanita Ini Juga Miliki Jawatan CEO. Sungguh Mengagumkan

Tidak dapat dinafikan, dunia selebriti menawarkan pendapatan yang sangat tinggi. Walaubagaimanapun, tidak tidak ramai dikalangan selebriti yang memilih melebarkan sayap di dunia perniagan komersial untuk menambahkan kekayaan mereka. Ada yang menjalankan perniagaan sendiri, ataupun memegang jawatan penting di sebuah perniagaan. Berikut adalah antara selebriti dengan jawatan penting atau gelaran CEO di sebuah syarikat.

1. Neelofa

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang. Menurut hasil pencarian google, Neelofa telah menerima banyak anugerah global yang ramai rakyat Malaysia tidak tahu dan beliau juga menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, “Naelofar Hijab”.

2. Amber Chia

Mungkin jika disebut Chia Lee Peng, pasti ramai tidak mengenalinya, malah tertanya-tanya siapakah gerangan individu itu. Beliau merupakan Supermodel cantik dan seksi. Amber Chia telah menubuhkan akademi peragaan dan solekan iaitu Amber Chia Academy dan juga agensi modelling iaitu Runway Productions. Dia juga jurulatih catwalk kepada beberapa supermodel Ford seperti Kelly Jagan.

3. Datuk Rafiena Ezanee Ramli

Pada usia 32 tahun, pelakon Datuk Rafiena Ezanee Ramli sudah memiliki kemewahan dan kedudukan yang diimpikan. Beliau merupakan CEO dalam syarikat produksi sendiri iaitu Dark Wave Pictures Sdn. Bhd.

Rafiena yang pernah bekerja sebagai pramugari ketika berusia 18 tahun telah menerbitkan beberapa buah drama seperti Hijrah Catrina, Dendam Seorang Isteri, Di Garisan Takdir dan Lepaskan Aku Pergi, M.A.I.D, Jodoh Sebelah Pintu, Racun Menantu, Kubur Berdarah dan juga Tanggang Ayu.

4. Datuk Siti Nurhaliza

Siti menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan syarikat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. — dengan aktivitinya yang melibatkan bidang hiburan secara amnya. Beliau sebenarnya CEO pada empat anak syarikatnya yang terdiri daripada Siti Nurhaliza Collections (koleksi cenderamata), Siti Nurhaliza Marketing (pemasaran), SN Mobile Digital (telekomunikasi mudah alih) dan Siti Sound (audio dan bunyi). Beliau juga merupakan presiden bagi syarikat rangkaian kosmetik miliknya, SimplySiti Sdn. Bhd.

5. Rozita Che Wan

Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan sebenarnya sudah memiliki syarikatnya sendiri. Pada tahun 2014 Che Ta bergelar penerbit menerusi produksi Padusi Pictures yang dikongsinya bersama suami, Zain Saidin. Produksi itu menerbitkan program TV seperti Rahsia Memikat Suami (2014) dan Aku Yang Masak Kau Yang Panas (2015) kedua-duanya dikendalikan oleh pelawak Jihan Muse.

6. Datin Tiara Jacquelina

Dikenali sebagai personaliti yang gemar mencuba dan mengambil risiko dalam setiap karyanya, umum tahu hasil kerja Tiara tidak pernah mengecewakan. Malah, Tiara Jacquelina merupakan ikon seni yang tak perlu dipertikaikan lagi kredibilitinya. Aktres terkenal, Tiara Jacquelina memupunyai syarikat miliknya iaitu Enfiniti Vision Media Sdn Bhd.

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : newscoviral

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Selain Neelofa, 5 Artis Wanita Ini Juga Miliki Jawatan CEO. Sungguh Mengagumkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*