“Saya Malu. Ketika Pemergian Ibu, Saya Tak Boleh Baca Yassin, Sampai Terpaksa Panggil Budak Tahfiz”- Ebby Yus

Lebih tiga dekad bergelar anak seni, Ebby Yus menjelaskan belum pernah ada sesiapa pun berani menegurnya dan mengingatkannya untuk tidak hanya menjadi penghibur yang mengejar duniawi saja.

Namun teguran daripada seorang ustaz dikenali sebagai Dr. Mohd. Ashraf Suarin, kira-kira lima tahun lalu telah menjadi titik perubahan kepada pelakon dan pelawak ini untuk lebih selalu mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan.

Perkenalan dengan ustaz tersebut juga telah membawanya menjejakkan kaki ke Pondok Motivasi Tahfiz Hamlatul Quran (PMTHQ) yang terletak di Tanjung Karang, Selangor.

“ Sudah hampir lima tahun saya berulang alik ke pondok ini. Saya mula berkenalan dengan Ustaz Ashraf ketika kami sama-sama ada program di sebuah stesen televisyen.

“ Katanya kalau berlawak ni jangan hanya yang ‘lagho’ saja. Saya terkejut dengan teguran itu tetapi apabila difikirkan semula, ada benarnya.

“ Mungkin itu juga salah satu cara Tuhan nak tunjukkan pada saya. Sejak itu, ustaz juga tak jemu-jemu ajak datang ke PMTHQ dan apabila tiba, hati saya terus suka dengan suasana di sini,” ceritanya.

Pondok yang dihuni seramai 80 orang terdiri daripada pelajar remaja dan dewasa yang belajar mendalami al-Quran itu kini menjadi destinasi untuk Ebby kunjungi jika ada masa lapang.

“ Saya bukanlah pandai sangat mengaji, mengajar agama pun tidak. Tetapi banyak berkongsi pengalaman dengan anak-anak di sini sambil itu secara tidak langsung dapatlah belajar dan memperbaiki bacaan al-Quran saya.

“ Selain itu, saya bantu apa yang mampu seperti menyebarkan kepada umum mengenai pondok ini dan mengajak mereka memberi sumbangan bagi menaik taraf keselesaan pelajar,” katanya.

Rasa terkilan disebabkan ini

Dalam pada itu Ebby mengakui pengalaman berdepan dengan kemat1an ibunya dan ketika itu dia tidak pandai mengaji, telah memberi kesan mendalam buat dirinya.

Saat itu, timbul kekesalan dan m4lu kerana terpaksa memanggil anak-anak tahfiz untuk mengaji dan membacakan surah Yasin.

“ Rasanya, bukan saya saja tetapi sesiapa saja tentu rasa malu dan sedih apabila ada antara keluarga kita yang meninggal tetapi kita tak pandai nak baca al-Quran.

“ Itu yang berlaku pada saya. Ketika ibu men1nggal, saya terkilan dan malu pada diri sendiri sebab sebagai anak, saya yang sepatutnya mengaji untuk arw4h. Tapi disebabkan tak pandai, terpaksa panggil anak-anak tahfiz,” tuturnya.

Mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak yang menganggap Ustaz Ashraf mengambil kesempatan dan mempergunakan namanya untuk kepentingan, Ebby bagaimanapun menyangkal tanggapan tersebut.

“ Saya tidak fikir begitu sebaliknya ustaz buat saya sedar, dalam mengejar duniawi kita kena seimbangkan dengan akhirat.

“ Di sini ada pelbagai elemen yang diterapkan pada pelajar bukan saja mengaji dan menghafal al-Quran malah motivasi serta kesedaran bagaimana orang seperti saya yang sentiasa ‘lagho’ tetapi dalam diri tetap kuat dengan pegangan agama,” katanya.

Ebby dalam pada itu meluahkan syukur kerana tahap kesihatannya kini semakin baik dan bersemangat untuk kembali bekerja.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: utusan via rimbabara

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Saya Malu. Ketika Pemergian Ibu, Saya Tak Boleh Baca Yassin, Sampai Terpaksa Panggil Budak Tahfiz”- Ebby Yus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*