“Nak Bersyukur, Itu Jer,” – Moga Till Jannah Buat Amy Mastura, Suami

Penyanyi dan pelakon, Amy Mastura ada berkongsi foto lamanya yang dirakam kira-kira 19 tahun lalu apabila diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri kepada lelaki pujaan hati, Alvin Tham Suffian.

Foto tersebut dikongsikan Amy sebagai simbolik kepada ulang tahun perkahwinan yang hampir menjelang usia dua dekad.

Berkongsi entri bersama kapsyen yang ringkas dan padat, ia bagaimanapun sudah jelas untuk menggambarkan kebahagiaan serta keharmonian rumah tangga penyanyi Sha Na Na ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

😌 Nak bersyukur. Itu jer. 😊#alhamdulillah #amfcselamanya

A post shared by Official Amy Mastura (@amymasturalerr) on

“Nak bersyukur. Itu jer,” kongsi Amy. Meski tidak berkongsi kapsyen dengan lebih ditil, kebanyakan peminat mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan buat pasangan berkenaan.

Malah, rakan selebriti turut memberikan dedikasi sama terhadap bintang senior berusia 48 tahun itu.

Amy dan Alvin mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup, rumah tangga pasangan berkenaan diserikan kehadiran dua puteri, Adriana, 18, dan Adalia, 15.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Aktiviti hujung minggu. Alhamdulillah abisss. 5 km jer. Hehe 😜✌🏼

A post shared by Official Amy Mastura (@amymasturalerr) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Happy Mother’s Day.

A post shared by Official Amy Mastura (@amymasturalerr) on

Yang penting, bila tengok foto lama Amy Mastura ni, memang wajahnya tak dimakan usiakan? Apalah agaknya rahsia dia…

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Foto: Instagram Amy Mastura

Sumber : Media Hiburan

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Nak Bersyukur, Itu Jer,” – Moga Till Jannah Buat Amy Mastura, Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*