Masjid Pertama Dibina Di Dunia

Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina di dunia dalam sejarah Islam Syariat Nabi Muhammad SAW . Ia dibina oleh Baginda Nabi SAW sendiri bersama-sama Khalifah Abu Bakar RA dan penduduk madinah sebaik Nabi Muhammad SAW tiba, ini bermakna sehingga hari ini ( 1438 H ) adalah bersamaan usia masjid berkenaan 1438 tahun Hijrah.

Masjid Quba dengan persekitaran terpencil Madinah di Arab Saudi, merupakan masjid tertua di dunia. Batu asas pertamanya yang di laksanakan oleh Nabi Muhammad SAW pada waktu tiba Hijrah dari Kota Mekah ke Madinah,. Masjid Quba di bina oleh Baginda SAW dengan Khalifah Abu Bakar RA bersama-sama Para Sahabat RA Madinah atau kaum Ansar. Nabi Muhammad SAW dipercayai berada di masjid Quba lebih dari 20 malam selepas tiba dari berhijrah dan sambil menunggu ketibaan Khalifah Ali RA dari Makkah membawa berita dari sana.

Sejarah Masjiq Quba 

Awal cerita ketika itu nabi Muhammad S.A.W sedang melakukan perjalanan pergi berhijrah ke kota Yastrib atau sekarang ini lebih di kenal dengan sebutan kota madinah. Ketika tepat pada hari Isnin tanggal 8 Rabiulawal tahun 1 hijrah Nabi tepat berada di kampung Quba, sekitar 10 km dari dari kota Madinah. Disaat itu Ammar RA mengusulkan untuk membangunkan sebuah tempat yang berguna untuk tempat beristirehat pada waktu siang untuk Nabi dan ia juga berguna untuk tempat solat Nabi dan sahabatNya.

Dan pada saat itu pula usul dari Ammar RA di setujui oleh Nabi dan para sahabat. Khalifah Abu Bakar dan Ammar RA mula mengumpulkan batu-batu yang diletakkan satu persatu yang ditumpuk satu batu dengan satu batu lainnya untuk membuat masjid. Dengan kesabaran dan hati yang ikhlas akhirnya selama 4 hari berada di kampung Quba, untuk membuat tempat tersebut pun telah terjadi dan tempat itu adalah Masjid Quba. Masjid pertama kali yang dibangun oeh Nabi Muhammad S.A.W. bahkan Nabi sendiri yang telah menaruh batu kiblat pada masjid tersebut.

Setelah Nabi dan para sahabat selesai mebangunkan masjid Quba ini, mereka melanjutkan perjalanan kembali ke kota Madinah, tepat pada hari jumaat tanggal 12 Rabiulawal tahun 1 hijrah. Nabi tiba di kota madinah. Para penduduk madinah sangat suka dengan kedatangan Nabi. Mereka beramai-ramai menyambut Nabi dengan suka cita, penuh kerinduan dan juga penuh rasa hormat untuk Nabi. Dan tepat pada hari itulah Nabi Muhammad S.A.W mendirikan solat jumaat untuk pertama kalinya dalam sejarah islam dan juga untuk pertama kalinya Nabi mengkhutbah jumaat pada hari tersebut. Dan semenjak itulah kota yastrib berubah menjadi “madinatun Nabi” yang bererti kota nabi. Atau lebih di kenali dengan kota Madinah.

Itulah sejarah masjid Quba yang boleh anda tahu. Melalui dari sejarah ini juga, masjid Quba menjadi masjid istimewa di mata umat muslim yang melihatnya. Bukan kerana kemewahan serta kemegahan melainkan sejarah awal mula terbuatnya masjid ini yang sangat menyentuh hati.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Almukhlisin

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Masjid Pertama Dibina Di Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*