Masih Ingat Pemuda Ini? Kerana Hobi Mulianya, CEO Sendiri Bagi Kejut4n Yang Tak Disangka!

Siapa sangka, bermula dengan niat yang murni, pemuda yang viral baru-baru ini kerana sering membantu haiwan jalanan menerima kejutan apabila dapat hadiah sebuah motosikal daripada Modenas, hari ini.

Pemuda yang dikenali sebagai Anfalazie Anuar, 30, atau Ann itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk melakukan dua kerja dan berhutang semata-mata mahu membeli makanan untuk kucing dan anjing jalanan.

Motosikal itu diserahkan sendiri oleh CEO Modenas, Roslan Roskan, sebentar tadi.

Ann nyata terkejut dan tidak percaya kerana menerima sebuah motosikal baharu bagi menggantikan motosikal lamanya yang kerap rosak.

Menurut Ann, sejak kisahnya tular tempohari, ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum tampil untuk membantunya.

“Syukur, ramai yang tampil membantu. Apa yang saya paling gembira buat masa ini, saya dah langsai hutang-hutang beli makanan kucing dan anjing berjumlah lebih RM1,000

“Kalau dulu, saya selalu pening kepala fikir macam mana nak uruskan upah dan gaji yang saya terima dengan perbelanjaan peribadi dengan nak beli makanan haiwan-haiwan tu lagi.

“Sekarang saya dah tak berhutang, syukur. Ada baki untuk beli makanan lagi, boleh tampung sementara saya bayar guna upah dan gaji saya sendiri,” ujar Ann dengan nada ceria.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber  : Mstar

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Masih Ingat Pemuda Ini? Kerana Hobi Mulianya, CEO Sendiri Bagi Kejut4n Yang Tak Disangka!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*