Kucing Lari Dari Rumah Untuk Hidup Seperti Raja Di Kilang Makanan Haiwan, Pulang Dengan Saiz Dua Kali Ganda

Seekor kucing yang hilang selama 14 bulan telah bersatu semula dengan keluarganya selepas dia dijumpai di sebuah kilang makanan haiwan berdekatan dengan rumahnya. Clive, kucing jenis Norwegian Forest, telah menghilangkan diri pada Disember 2014. Pemiliknya Tanya dan Jonathan turut membuat rayuan di Facebook dan melekatkan poster di kawasan kejiranan untuk mencari Clive tetapi tidak berhasil.

Pada mulanya mereka fikir ada orang yang mengambil kucing itu kerana Clive adalah seekor kucing yang comel. Tetapi rupa-rupanya Clive telah menghabiskan masanya di kilang makanan haiwan dengan mencuri makan di situ.

Perkara itu disedari pekerja kilang yang hairan melihat ada makanan yang selalu hilang dan selalu ternampak kucing besar berlari keluar masuk dari kilang itu. Mereka akhirnya berjaya memasang perangkap dan membawa pencuri itu ke doktor haiwan.

Setelah mengimbas mikrocip dan mengenalpasti pemilik kucing itu, Clive disatukan semula dengan tuannya, tetapi Tanya dan Jonathan terkejut dengan saiz kucing mereka itu yang telah membesar dua kali ganda dari kali terakhir mereka melihatnya.

“Clive berusia sembilan bulan apabila kami kehilangannya – dulu dia lebih kecil. Apabila dia kembali, kami terkejut melihat betapa besar dan gebunya dia. Dia telah menjalani kehidupan seperti raja di kilang makanan haiwan itu.”

Clive masih mengenali pemilik dan ahli keluarga di dalam rumah itu seperti dahulu, cuma bezanya dia lebih gemuk sekarang.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Animal Channel via HCL

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kucing Lari Dari Rumah Untuk Hidup Seperti Raja Di Kilang Makanan Haiwan, Pulang Dengan Saiz Dua Kali Ganda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*