“Kecik2 handsome besar mesti ramai peminat”- Wajah persis kpop, kecomelan anak sulung Fatin Afeefa cur1 tumpuan netizen

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah SWT. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ibu bapa juga ibarat kain putih yang mencorakkannya.

Begitu juga dengan penyanyi dan pelakon, Fatin Afeefa, yang amat menyanyangi kedua-dua cahaya matanya, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia. Terdahulu, wanita kecil molek ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak 2 kali namun mahligai yang dibina gagal dipertahankan.

Hasil perkahwinan dengan bekas suami pertama yang dirahsiakan, dia telah dikurniakan anak lelaki yang mesra dipanggil Arrian. Bersama bekas suami kedua, pelakon, Adam Shahz pula dia dikurniakan anak perempuannya, Sophia.

Akibat merahsiakan perkahwinan pertamanya dahulu, Fatin pernah dihujani kontroversi dimana netizen mempersoal dan mempertikai status anak sulungnya itu, tidak kurang juga yang mengatakan anak itu adalah anak angkat. Walau bagaimanapun Fatin tetap menegaskan bahawa Arrian merupakan anak kandungnya yang sah hasil perkahwinan pertamanya.

Fatin juga ada membuka akaun Arrian yang dikendalikan oleh dirinya sendiri. Menerusi akaun Instagram di bawah nama @adamaisyarrian, beliau sering berkongsi gambar anak lelakinya itu yang semakin membesar sempurna dan bijak. Selain itu, jika dilihat rupa paras Arrian saling tidak tumpah seperti ibunya.

Berkulit cerah, bermata bundar dengan bulu mata yang melentik persis seorang perempuan, Arrian sering mencuri tumpuan pengikut Instagramnya dengan wajahnya yang comel.

Ekoran daripada itu, ruangan komen Arrian sering dibanjiri dengan pujian yang mengatakan tentang wajahnya. Selain itu, segelintir netizen juga turut meninggalkan komen tentang wajahnya yang persis selebriti kpop, Lee Jong Suk.

Tergugat iman aku, macam Lee Jong Suk!

Ini lah crush saya

Mak cantik anak handsome

Are you my jodoh yang I tunggu selama ni?

Cantik sangat awak ni

Kecik2 handsome besar mesti ramai peminat

 

 

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : IG Adam Aisy Arrian via mediaohsem

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Kecik2 handsome besar mesti ramai peminat”- Wajah persis kpop, kecomelan anak sulung Fatin Afeefa cur1 tumpuan netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*