Kalau Nak Berdoa Jangan Lupa ‘Jual’ Nama Emak

Doa seorang ibu dan ayah itu adalah yang terbaik selain doa orang yang diz4limi serta doa orang musafir.

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda:

“Tiga doa yang mustajab, tanpa syak lagi; doa orang dizalimi, doa orang musafir dan doa bapa kepada anaknya.”(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Ibu telah mempert4ruhkan ny4wanya semasa melahirkan kita. Oleh itu, reda dan doa seorang ibu amat diperlukan oleh seorang anak untuk berjaya dalam kehidupan. Ikuti perkongsian dari Ikhfa Musa tentang betapa eloknya kalau kita selitkan nama ibu dalam setiap doa yang kita pohon kepada Allah SWT. Ikuti perkongsian yang bermanfaat ini.

JUAL NAMA MAK

Hari tu terdengar phone conversation suami aku dengan mak bapak. Sambil2 berborak tu, laki aku loudspeaker sebab senang kakak nak mencelah borak dengan aki dia. Terdengar mak kata

” abang, kalau nak berdoa apa-apa jual nama mak” Aku tak faham.

Mak sambung lagi..kalau abang doa nak bawak efa pergi umrah, doa macam ni. ” Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak isteri aku pergi umrah.Semoga aku dapat bawak mak sekali”. Kalau abang nak beli rumah..doa mcm ni..” Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku dtg melawat nanti dia selesa”. Mak cakap insyaa Allah doa tu naik serta merta tanpa hijab.

Then mak share tentang satu ceramah yang dia pergi . Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap..badan gemok. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik. Sahabat2 Nabi tanya pada dia mcm mana dia boleh dapat isteri yang cantik sgt mcm ni?. Dia pun kata ” Setiap hari aku berdoa pada Allah..Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya”.

Nampak tak? Lepas ni bila nak doa dah bolehla selit nama mak yang mana masih ada mak tu. Kalau dah takde ibu macam aku ni, gunalah nama Ayah. Nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat diorang sama and takde beza pun. Lagipun tanpa doa mak ayah tak kemana kita semua kan =)

 Selamat beramal..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Rahsiarumahtangga

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kalau Nak Berdoa Jangan Lupa ‘Jual’ Nama Emak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*