Irwan Syah Terpaksa Tututkan Kehendak Isteri Tak Mahu Tinggal Dirumah Banglo Besar Kerana Hanya 1 Sebab.!

Pelakon Irwansyah terpaksa menuruti kehendak isterinya Zaskia Sungkar yang lebih suka tinggal dalam apartment kecil berbanding rumah yang lebih besar.

Pada awal perkahwinan, pasangan ini mendiami sebuah banglo namun Zaskia menggesa suaminya membeli rumah seperti aparment gara-gara satu alasan.

“Dulu kami tingal di rumah lebih besar. Tapi sepanjang di set, saya dihubungi hampir setiap jam dan dia bertanyakan, bila saya mahu pulang?

“Saya hairan dan bertanya, apa yang dit4kutkan duduk di rumah?” kata Irwansyah menerusi laman YouTube baru-baru ini.

Rupa-rupanya Zaskia takut pada lipas kerana mempunyai pengalaman selalu melihat lipas di rumahnya yang sebelum ini. Oleh sebab itu dia lebih suka tinggal di rumah yang lebih kecil.

“Saya takut lipas. Alhamdulilah selama tinggal di apartment cuma sekali saja saya ternampak lipas itupun ketika membuka sebuah kotak,” akui Zaskia.

Di samping itu, tinggal di apartemen membuat Zaskia berasa lebih tenang meskipun tempat yang didiami tidak begitu luas. Berbanding ketika tinggal di rumah besar, dia selalu berasa sunyi.

“Dulu saya dan Irwan selalu berasa sunyi tinggal di rumah besar berdua saja. Lebih-lebih lagi kami jarang dapat bersama di rumah. Jika dia sibuk kerja, saya tidak begitu sebaliknya.

“Kalau apartmen tidak terlalu luas dan tidak lah terasa sunyi sangat,” tuturnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Kredit  : MHEtv

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Irwan Syah Terpaksa Tututkan Kehendak Isteri Tak Mahu Tinggal Dirumah Banglo Besar Kerana Hanya 1 Sebab.!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*