7 Tahun Penantian “Dapat 4 Kaki Sekaligus “, Zed Zaidi Dapat Anak Kembar

Pelakon popular dan juga presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi hari ini telah berkongsi berita gembira apabila dikurniakan sepasang bayi kembar.

Di dalam satu perkongsian di media sosial, sterinya Natalia Mustafa telah selamat melahirkan sepasang bayi dengan berat 3.15 kg dan 2.7 kg.

Kedua-dua bayi tersebut dilahirkan selang seminit iaitu pada jam 1:33 petang dan 1:34 petang di sebuah Pusat Perubatan di Damansara.

Menerusi laman Instagram miliknya, Zed Zaidi telah berkongsi berita gembira itu dengan para paminatnya.

“Alhamdulillah semua selamat.. dulu 2 kaki sekarang dapat 4 kaki rezeki allah nak bagi… syukur!”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah semua selamat.. dulu 2 kaki sekarang dapat 4 kaki rezeki allah nak bagi… syukur!

A post shared by Zed Zaidi (@rozaidijamil) on

Menurut Zed Zaidi, keluarganya dan keluarga isterinya tidak pernah mempunyai sejarah kembar.

Ini adalah kali pertama bagi dirinya dan keluarga isterinya memliki anak kembar dan menganggapnya rezeki yang tidak terhingga.

Zed Zaidi juga memberitahu, Allah kurniakan rezeki kembar ini setelah dia dan isterinya menanti selama 7 tahun.

Walaupun ramai yang mengatakan mereka menggunakan teknik IVF, Zed Zaidi menafikannya dan mengatakan kehamilan ini adalah secara semula jadi.

Sepanjang kehamilan isteri, Zed Zaidi menjaga rapi pemakanan dan pengambilan ubat bagi mengelak sebarang komplikasi terhadap kandungan isterinya itu.

Zed juga menasihati isterinya untuk tidak berkongsi perkara itu di laman sosial sehinggalah dia selamat bersalin.

Malah menurut Zed Zaidi, ketika pemeriksaan awal di klini, doktor tidak memaklumkan mengenai kandungan kembar tersebut.

Mereka ternyata terkejut dan bersyukur apabila mendapat tahu tentang kehamilan kembar itu.

Rata-rata netizen mendoakan kesihatan isteri Zed Zaidi dan anak-anaknya itu.

Sebelum ini, Zed Zaidi dan Natalia telah berkahwin pada 29 April 2011 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ryan Ziqry.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Fulamak anak daddy lucky boy cam daddy aaaa… 🤩🤣

A post shared by Zed Zaidi (@rozaidijamil) on

Tahniah sekali lagi buat Zed Zaidi dan isteri di atas kurniaan tuhan ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: YoYNetwork

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "7 Tahun Penantian “Dapat 4 Kaki Sekaligus “, Zed Zaidi Dapat Anak Kembar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*