Hebat Cik B, COD Pun Naik Lamborghini! Siapalah Pelanggan Bertuah Tu

Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B membuat kejutan apabila menghantar barangan produknya menggunakan kereta mewah model Lamborghini.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 14, mempamerkan skil memandunya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagramnya.

Menurut Cik B, barangan itu akan dihantar kepada pelanggannya yang bertuah.

“Nak COD (Cash On Delivery) ni, kalau nak tahu siapa orang yang bertuah ni, jom ikut Cik B,” katanya.

Menjengah ke ruang komen rata-rata netizen dilihat amat mengagumi kereta mewah dipandu usahawan muda itu.

Kebanyakkannya mereka merasakan Cik B sangat bertuah kerana berpeluang memandu Lamborghini di usia muda.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan kelayakkan Cik B memandu memandangkan dia masih berusia 14 tahun dan tidak mempunyai lesen.

VIDEO :

Sebelum ini, DSV ada memuatnaik video mengenai anak perempuannya, Cik B. Klip tersebut menunjukkan DSV cuba memujuk anak kesayangannya itu supaya menerima seorang PA atau personal assistant untuk mengurus jadual hariannya.Namun, Cik B menolak pelawaan ibunya dan berkeras tidak mahu mempunyai pembantu peribadi.

VIDEO :

DSV menyatakan akan berusaha memujuk anak perempuannya itu untuk menerima seorang pembantu peribadi dan menawarkan jawatan tersebut di laman Instagram dan mendapat pelbagai respon dari netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Gempak

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Hebat Cik B, COD Pun Naik Lamborghini! Siapalah Pelanggan Bertuah Tu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*